in

‘Prison Break’ Versi China : Banduan Berjaya Lolos Lepas Gali Lubang 30 Meter Guna Pahat & Pemutar Skru

00.6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Harian Metro, kes banduan melarikan diri dari penjara di Indonesia bukan lagi perkara yang asing kerana penjara di sana dikatakan padat selain mereka juga kekurangan staf.


Namun, apa yang terjadi baru-baru ini berlainan dengan kebanyakan kes cubaan larikan diri yang lain. Apa yang lain tu kan?

 

Ini Cai Ji Fan, banduan warganegara China

00.9

Cai Ji Fan @ Chai Changpan ini dipenjarakan di penjara Tangerang di Bentan Indonesia, atas kesalahan menyeludup 110 kilogram dadah jenis methamphetamine pada 2017 dan sebenarnya sedang menunggu hukuman mati untuk dilaksanakan.

 

Gali lubang sedalam 30 meter kat dalam sel

Siapa nak mati kan?

Jadi, Ji Fan cuba untuk melarikan diri melalui lubang dan dia berjaya! Lubang sempit yang dikorek sendiri itu adalah sedalam 30 meter, dan dipercayai bersambung dengan pembetung. Kemudian, melalui pembetung itu, Ji Fan berjalan terus hingga keluar di longkang umum.

Kejadian tersebut telah berjaya dirakam oleh CCTV.

000.1

 

Lubang dikorek guna besi umpil, pahat, dan pemutar skru

“Mereka menemui besi umpil, pahat, pemutar skru dan alat lain yang digunakan untuk menggali lubang itu, dengan spekulasi bahawa dia mungkin mendapatkan peralatan itu ketika melakukan kerja pembinaan di dapur penjara.”

Ni gambar lubang tu, gigih! :

00.2

Namun, ini bukanlah cubaan pertamanya.

“Ini adalah kali kedua dia melarikan diri” – Ketua Polis Tangerang, Sugeng Hariyanto.

Cubaan pertama Ji Fan adalah pada tahun 2017, juga melalui cara yang sama cuma masa itu dia tak berseorangan. Tiga hari kemudian, polis berjaya tangkap dorang semula di Jawa Barat.

“Lelaki berkenaan pernah terlepas dari sel di Jabatan Siasatan Jenayah Polis Nasional di Jakarta ketika dalam tempoh reman.”

Cubaan kali ini, Ji Fan ada juga mengajak kawan sel dia tapi kawan tu tak nak ikut. Agak-agak menyesal tak member tu tak ikut sekali?

 

Baca : “Selidik dulu, pegawai penjara tak sekejam disangka” – Kecoh Banduan Mati Dipukul Dalam Sel Penjara Kelantan, Rupa-rupanya

000.2

Sumber: youtube
Sumber: youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.