Perkongsian tips fesyen daripada usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dipanggil Madammu ini ternyata telah mendatangkan rasa kurang senang di kalangan netizen.
Sindiran yang melabelkan beliau sebagai ‘Terpaling Pearl’ dilontarkan kepadanya susulan dengan komen berkenaan aksesori mutiara yang dikatakan tidak sesuai dipadankan dengan jeans.
Artikel Berkaitan : Madammu Kongsi Tips Berfesyen, Elak Pakai Hiasan “Pearl” Dengan ‘Jeans’
Artikel Barkaitan : “Mummy dulu mandi air telaga je” – Netizen Tergamam Lihat Bayi Madammu Mandi Pakai Air Mineral
View this post on Instagram
Susulan itu, Madammu menjelaskan bahawa video tular itu hanya memaparkan sedutan yang sudah disunting dan tidak menunjukkan penjelasan panjang.
“Mungkin sebab video pendek yang netizen sunting itu membuatkan mereka hanya melihat sedikit sahaja sedutan penerangan saya.”
“Saya hanya beri pendapat peribadi yang mengatakan mutiara tidak sesuai digayakan dengan pakaian denim dan hanya kelihatan cantik jika dipadankan dengan baju tradisional.”
“Tak sangka pula ramai salah faham dengan kenyataan saya itu.”
Malah Madammu juga menyatakan yang dia tidak kisah dengan sindiran netizen itu kerana baginya setiap individu mempunyai pandangan masing-masing dalam sesuatu perkara.
Malah, Madammu juga menegaskan yang dia hanya memberikan respon daripada pengikutnya mengenai tips fesyen.
Sumber : mStar Online