in

“Tak sangka bergaduh sampai jadi macam ni” – Suami Tikam Isteri, Anak Menangis Di Sisi Mayat Ibu

Isteri1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita Myanmar berumur 28 tahun maut selepas ditikam oleh suaminya sendiri di Kampung Gong Garu, Gaal di Pasir Puteh pada pagi hari ini (17 Jun).


Menurut laporan Harian Metro, kejadian ngeri pada pukul 9.30 pagi itu berlaku di hadapan dua anak mereka berusia tiga dan empat tahun.

Isteri1

Dilaporkan suspek yang berumur 32 tahun yang juga warga Myanmar telah menikam isterinya menggunakan pisau pemotong sayur.

Pisau

Jiran mereka berkata dia menyedari kejadian itu apabila dia sedang membasuh pinggan di dapur rumahnya yang terletak bersebelahan dengan rumah pasangan itu sebelum terdengar bunyi bising.

“Saya terkejut apabila melihat mangsa terbaring di depan rumah saya dalam keadaan berlumuran darah dan anak pula sedang menangis di sisi mayat ibunya”

Tambahnya lagi, dia juga sering mendengar mereka bergaduh, tapi tak sangka pula boleh jadi sampai macam ni.

G

Difahamkan, kedua-dua anak mereka telah diambil oleh sepupu mereka manakala mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk proses bedah siasat.

Akibat daripada itu, didapati terdapat dua kesan tikaman iaitu satu torehan di bahagian badan dan satu lagi di bahagian lengan kanan mangsa.

Suspek berjaya ditahan pada pukul 3 petang di kawasan berdekatan Kota Bharu dan akan direman. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca : “Aku dah tak tahan!” – Wanita Bunuh Suami Sebab Tak ‘Back-up’  Bila Mentua Hina Status Sebagai Isteri Kedua

Isteri

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.