in

“Aku dah tak tahan!” – Wanita Bunuh Suami Sebab Tak ‘Back-up’ Bila Mentua Hina Status Sebagai Isteri Kedua

Collage 6

Kadang-kadang ada pasangan yang susah nak memikat hati keluarga mentua dorang, lagi-lagi bila tak sebulu memang ada je benda tak kena.

Tapi, bila menjadi orang ketiga dalam perhubungan, mungkin lagi susah untuk diterima, lebih-lebih lagi kalau keluarga mentua sayang dengan isteri pertama.

Di negara jiran, seorang wanita telah mengaku membunuh suaminya sendiri gara-gara sakit hati dan tak tahan kerana sering dihina dan dicaci oleh keluarga mentuanya.

W644
Sumber: sosok

Sosok melaporkan, wanita yang berasal dari Jakarta Utara, Rosmiati ini merupakan isteri kedua kepada Alexander Putra. Katanya, sejak bernikah dengan suaminya, hidupnya tak pernah tenang.

Perkahwinan yang sudah pun mencecah usia empat tahun ini sering bergolak lantaran pasangan ini sering bergaduh mulut kerana sakit hati bila keluarga suaminya tak menerima status dirinya sebagai isteri nombor dua.

Saya dihina terus sama keluarganya, udah gitu suami juga tak izinkan saya pergi. Saya kena bertahan di rumah situ.”

Tambah menyakitkan hati Rosmiati, suaminya sekali pun tak pernah nak membela dirinya bila dia dihina oleh keluarga dan mengurung wanita ini di dalam rumah.

Aku sakit hati dihina-hina, ayah (suami) diam je tak ambil tindakan” 

Kerana tak tahan, pada 21 Januari lalu, Rosmiati telah mengugut untuk membunuh diri. Marah dengan ugutan isterinya, Alexander telah mencekik dan menampar Rosmiati dan lelaki ini turut ugut nak bunuh diri.

2580028695
Sumber: sosok

Pasangan suami isteri ini kemudiannya berebut pisau yang dipegang wanita ini hingga akhirnya Alexander terkena tikaman pisau tersebut.

Panik dengan tindakannya, Rosmiati meminta pihak polis di sekitar rumahnya untuk membawa suaminya ke hospital namun Alexander tak dapat diselamatkan.

Keluarga lelaki ini kemudiannya membuat laporan polis dan menuduh Rosmiati telah membunuh anak mereka sebelum siasatan ke atas kematian Alexander dijalankan.

Wanita ini telah mengaku membunuh suaminya pada 21 Januari lalu dan akan dihadapkan ke mahkamah. Jika sabit kesalahan, Rosmiati bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama 15 tahun.

 

Baca: “Sebabtu mulut kena jaga” – Tak Tahan Selalu Diejek ‘Gemuk’, Lelaki Bakar Bestfriend Hidup-hidup

Screenshot 2020 02 04 At 7.55.34 Pm