Perdana Menteri Wanita Pertama Sweden mengumumkan perletakkan jawatan kurang 12 jam selepas bertugas. Magdalena Andersson membuat keputusan itu selepas belanjawan tahunan yang dibentangkannya tidak diluluskan di Parlimen dan salah satu parti di bawah kerajaan campuran meninggalkan gabungan itu.
Menurut laporan Reuters, Andersson yang juga anggota parti Demokrat berkata, amalan perlembagaan adalah kerajaan campuran perlu dibubarkan sekiranya ada satu parti menarik sokongan.
Beliau juga enggan memimpin kerajaan yang keabsahannya akan dipersoal. Walaubagaimanapun, beliau berharap untuk dipilih semula ke jawatan itu tidak lama lagi kerana ketua kerajaan minoriti hanya terdiri daripada ahli parti Demokrat sahaja.
Andersson muncul wanita pertama dipilih sebagai Perdana Menteri Sweden selepas mencapai perjanjian saat akhir dengan Left Party untuk menaikkan pencen bagi pertukaran sokongan dalam undian di parlimen.
Dalam pada itu, Speaker Parlimen, Andreas Norlen berkata kepada sumber, beliau telah menerima perletakkan jawatan Andersson dan akan menghubungi pemimpin parti sebelum memutuskan bagaimana untuk meneruskan sidang dewan parlimen seperti biasa.