in

“Tak reti sabar gini la jadinya” – Pembantu Dr M Ceritakan Kemelut Yang Berlaku Dalam Perletakan Jawatan Sebagai PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun teka teki siapa yang menggalas tangungjawab sebagai perdana menteri ke 8 telah terjawab apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rasminya telah dilantik memegang jawatan tersebut, muncul pula pelbagai teori konspirasi politik.


Lapor Mstar Online, segalanya bermula apabila pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin mendedahkan apabila kartel Datuk Seri Mohammad Azmin Ali bermesyuarat di Hotel Sheraton.

Dalam masa yang sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada 23 Februari lalu.

 

Kau gila penat-penat kita berjuang lawan diaorang”

Katanya dalam mesyuarat tersebut Tun M tidak setuju untuk ambil Umno sebagai sebuah parti.

Tambah Adam Mukhriz, Tun M mungkin boleh terima ahli Parlimen kalau sedikit tapi bukan satu parti.

“Tun M tak nak Zahid, Azeez semua masuk. Kau gila. Penat-penat kita berjuang lawan diaorang. Ada yang masuk jel apa semua akhirnya nak terima diaorang balik dan ambil jadi kerajaan?”

Bagaimanapun Tun M tetap dengan prinsipnya, dalam nada menahan sebak, beliau gesa pemimpin tertinggi parti untuk jangan paksanya untuk langgar prinsipnya.

Antara yang menyokong dengan pendirian Dr Mahathir adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Dr Maszlee Malik, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Abu Bakay Yahya, Datuk A.Kadir dan Ulya Husamudin.

Bagaimanapun keputusan itu tergantung sebab nak berikan ruang kepada Tun M.

 

Azmin waktu tu pun berharap Tun ubah fikiran.

Kata Adam Mukhriz lagi, ketika Tun M pulang kerumah, Haji Hadi, Azmin, Fadhilah GPS, Zahid Hamidi, Abang Johari dan Tan Sri Muhyiddin semua datang untuk bincang perancangan selanjutnya.

“Masa ni lah Zahid keluarkan syarat-syarat dia antara jawatan kanan kabinet, kena ambil semua sekali atau tak nak terus dan minta buat keputusan sekarang juga.”

“Kenapa mereka paksa buat keputusan sekarang? Sebab Najib punya kes, Zahid punya kes akan ada keputusan tak lama lagi. Maka mereka perlu keputusan segera!”

Bila dengar desakan itu, ini respon Tun M.

 

Tun kata kerja bodoh, belum apa-apa dah ugut

Disebabkan itu berlaku lah Langkah Sheraton, masing-masing berpeluk sakan, Ku Nan datang macam menteri orang tolong buka laluan.

Semua yang ada malam tu dah berangan pilih nak kementerian itu ini. Pemimpin Pakatan Harapan (PH) mula bertemu dengan Tun M esoknya.

“Tun tak ada kat office then tahu Tun kat rumah, mereka pergi kat rumah. Ingat tak yang mereka tunggu kat luar? Tun tak sihat. Ye lah stress fikir. Lepas dari tu barulah seorang demi seorang jumpa Tun M dalam rumah”

Sebelum jumpa ni, mereka anggap Tun M la orang paling jahat. Bagi mereka Tun M lah orang yang merencanakan semua ni sehinggalah…

“Selepas jumpa seorang demi seorang jumpa Tun, mereka dah di’explain’ apa semua. Mereka sedar yang Tun M adalah orang yang ikhlas dan berprinsip sebab Tun M boleh jadi PM kepada coalition kepada semua parti tapi waktu tu dah terlambat. Tun M telah pun letak jawatan”

Tun M tidak mahu jadi PM kerana dia tak boleh memimpin Pakatan memandangkan Bersatu sudah mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan.

 

“Kerajaan PH dah tumbang”

“Sebenarnya kerajaan PH dah tumbang, jadi Tun M tak nak Jadi PM dalam kerajaan Umno ni tadi. Tun juga letak jawatan Pengerusi Bersatu sebab tak setuju dengan pendirian Bersatu yang dibuat Tan Sri Muhyiddin”

Jadi Tun M pergi berjumpa dengan Agong untuk jadi PM Interim dan waktu itu lah berlaku kes Agong nak jumpa sorang demi seorang minggu lalu.

Pada ketika ada lagi berlaku kemelut dan salah faham terhadap Tun M.

“Malam tu PH buat Majlis Presiden tanpa Tun M sebab Tun M bukan lagi Pengerusi Bersatu dia tak boleh hadir.”

“Bagi PH pula mungkin ingat Tun M tak ikhlas sebab tak datang. Maka mereka calonkan Anwar sebagai PM”

Sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong selesai bertemu semua ahli Parlimen, Agong memaklumkan Tun M tidak siapa mendapat majoriti.

Tun M pun cadangkan perkara itu dibawa ke Dewan Rakyat tetapi ditolak Speaker. Pemimpin Pakatan kembali menyokong Tun M sebagai calon perdana menteri kelapan.

 

Tun M setuju jadi PM balik tapi…

Beberapa syarat yang Tun M berikan itu dipersetujui oleh PH sendiri.

“Sebelum tu, Bersatu buat ketetapan untuk namakan Muhyiddin sebagai PM dan bersetuju dengan Umno dan PAS secara blok. Which is Tun M tak nak”

Jadi bila pergi ke Istana pagi tu, semua dah bawa nama. Bersatu,, PAS, Umno sokong Muhyiddin dan PH sokong Tun M.

Adam Mukriz turut berkongsi detik sedih Dr Mahathir apabila beliau kehilangan sokongan beberapa ahli Parlimen yang dianggap sebagai kawan.

Itu yang Tun M kata dia dikhianati. Ya. Pengkhianatan yang terbesar. Tun M nyatakan Muhyiddin Yassin adalah pengkhianat beliau.

Banyak pengajaran kita dapat dari cerita ni. Tamak dan gelojoh. Bila ada pemimpin yang mahu itu ini tapi tak reti sabar gini la jadinya. Hati-hati dengan orang kita percaya” – Adam Mukhriz

 

Baca : “Ini tidak dapat dihidu oleh rakyat biasa” – Kronologi Kisah Pembinaan Semula Negara

Sumber: Google Image
Sumber: Google Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.