Tak Puas Hati Kedai Sebelah Lagi Famous, Wanita Kencing Dalam Mesin Ais Krim, Korek Hidung & Ludah Ais Krim

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tak sudah-sudah, benda tak elok pun orang sibuk nak ikut buat jadi trend. Padahal dah tahu benda ni memang kesalahan jenayah.

Menurut NextShark, seorang wanita dari Florida telah ditahan kerana mengorek hidung dan masukkan tangan dia yang tak basuh tu ke dalam ais krim.

Wanita berusia 66 tahun, Jung Soon Wypcha ini telah merosakkan produk dan barangan lain di Lu Lu’s Ice Cream and Candy Shop selama tiga hari pada bulan Jun lalu.

Ceritanya, Jung Soon ni merupakan owner Food Mart yang terletak bersebelahan dengan kedai ais krim ni dan kedai dorang ni kongsi tandas.

Pada 17 Jun, Jung Soon dikatakan telah berjalan ke arah peti sejuk yang mengandungi ais krim organik, buka bekas ais krim dan letakkan tangan dia dalam ais krim lepas guna tandas sebanyak lima kali. Memang takde kerja ni.

Selain itu, rakaman CCTV juga menunjukkan Jung Soon mengorek hidungnya sebelum memasukkan jarinya dan ludah ke dalam bekas ais krim. Apa teruk sangat perangai ni? Macam budak-budak.

Pada 22 Jun, Jung Soon kembali ke kedai tersebut untuk menggunakan tandas tapi pintu tandas itu berkunci. Bengang, dia telah kencing ke dalam salah satu baldi Lu Lu yang digunakan untuk mengacau ais krim.

Dia kemudiannya menuang air kencing dalam baldi tersebut ke dalam sink yang bertanda “basuh” yang digunakan untuk membasuh mangkuk dan perkakas dapur. Jijik!

Tindakan Jung Soon ini telah memaksa Lu Lu untuk membuang semua produknya yang berharga $2000 (RM8,257) untuk memastikan “keselamatan pengguna”.

“Perkara macam ni boleh rosakkan perniagaan kami dan hidup kami.”

Kami tak tahu pun dia marah. Mungkin dia tak puas hati pasal parking dan sebab kami popular.”

Jung Soon telah ditahan kerana tapi telah dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak $55,000. Menurut pihak polis, tertuduh tak ada masalah mental mahu pun isu dadah atau alkohol.

Lu Lu terpaksa hentikan operasi selama empat ke lima hari dan dah pun dibuka semula minggu lepas.

Tak puas hati dengan orang kedai lepastu nak buat macamtu pulak. Bukan customer bertambah pun.

 

Baca: “Masa kecik taknak mamp*s, dah tua menyusahkan” – Jijik! Wanita Jilat Satu Tub Aiskrim, Sebelum Letak Balik Dalam Freezer Pasar Raya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson