Lagu Negaraku berkumandang di Sukan Paralimpik Paris semalam, selepas pemain badminton perseorangan lelaki Cheah Liek Hou berjaya mendapat pingat emas bagi kategori SU5.
Kemenangannya itu merupakan pingat emas keduanya dalam sukan Paralimpik, pada edisi Tokyo 2020, dia juga berjaya memenangi pingat emas bagi acara yang sama.
Artikel berkaitan: “Dah menang satu pingat!” – Kenali Atlet Para Yang Mewakili Malaysia Dalam Paralimpik Paris 2024
Artikel berkaitan; Latif Romly Kongsi Kit Atlet Paralimpik Ke Paris 2024
Malah, pemain badminton berusia 36 tahun itu tidak pernah kalah dalam mana-mana acara badminton yang disertainya pada tahun ini. Hebatnya!
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi laman Instagram miliknya, memberitahu Liek Hou bakal menerima ganjaran RM 1 juta serta elaun bulanan menerusi Skim Insentif Sukan Olimpik (SITO) RM5,000 sepanjang hayat.
View this post on Instagram
“Liek Hou, saya tahu bapa awak pasti berbangga dengan awak kerana memenangi emas Paralimpik kedua!
Ini merupakan seorang lagi atlet bertaraf dunia yang sangat hebat, kami tidak perlu risau tentang kekuatan mentalnya. Terima kasih kerana membanggakan setiap rakyat Malaysia,” tulisnya.
Liek Hou tidak berdepan masalah besar meraih emas pertama Malaysia di bumi Paris apabila hanya memerlukan 26 minit untuk mengalahkan lawan dari Indonesia, Suryo Nugroho dalam aksi straight set 21-13, 21-15.
Sumber: Instagram, Harian Metro