“Tak perlulah jamuan gah di hotel” – Ibu Bapa Kecewa Guru Bergembira Guna Duit PIBG

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bila sudah hujung-hujung tahun ini, mana-mana syarikat sama ada besar mahupun kecil termasuklah institusi seperti sekolah pasti akan mengadakan jamuan akhir tahun bagi meraikan staf yang bekerja dengan penuh dedikasi.

Namun, ketika golongan pendidik ini mula menarik nafas lega kerana cuti sekolah baru sahaja bermula, timbul pula tohmahan daripada ibu bapa yang menuduh para guru telah bergembira dengan wang PIBG yang dibayar ibu bapa. 

Semua ini bermula apabila seorang lelaki di Facebook telah menyatakan rasa tidak puas hatinya melihat jamuan akhir tahun guru yang diadakan dengan gah di hotel, lapor mStar.

“Inikah contoh pendidik yang kita harapkan? Jamuan akhir tahun di **** untuk guru sahaja, bagaimana dengan murid-murid? Hanya duduk di dalam kelas sahajakah?” 

“Kamu hanya tahu menghabiskan duit untuk kepentingan kamu. Sepatutnya duit itu digunakan untuk murid-murid, aktiviti luar kelas dan bermacam-macam perkara,” katanya yang turut memuat naik gambar guru-guru tersebut bergembira di sebuah hotel terkemuka di Selangor.

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Gembira sungguh cikgu-cikgu enjoy hari ini.”

Fuh pedas kritikannya tu! 

Susulan daripada tohmahan itu, timbul pula kecaman daripada ibu bapa yang menuduh wang yang digunakan untuk jamuan-jamuan mewah di hotel tersebut adalah daripada dana Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG). Wah ini tuduhan besar ni!

“Pihak sekolah yang gigih sambut hari keluarga serta jamuan gah guru-guru di hotel, tak perlulah sangat ya gunakan duit PIBG beratus beribu semata-mata nak menggembirakan hati guru-guru. 

“Mereka semua dah dibayar gaji beribu sebulan. Budak-budak ni ada yang berlapar perut ke sekolah,” kata pengguna Facebook tersebut.

Sumber: mStar

Pun begitu, tidak semestinya tuduhan yang dilemparkan ibu bapa yang kecewa ini benar belaka. Dakwaan tersebut disangkal oleh Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak yang memberitahu bahawa kebanyakan sekolah mempunyai kelab guru yang mengumpul dana untuk kegunaan guru sendiri.

“Bila ada kelab guru, mereka boleh ada bendahari sendiri untuk mengumpulkan sejumlah bayaran daripada guru-guru setiap bulan, untuk kegunaan khas seperti majlis perpisahan kerana guru berpindah sekolah dan persaraan termasuk jamuan akhir tahun.

“Sekolah tak ada peruntukan untuk semua itu, jadi mereka berusaha menggunakan dana sendiri. Kelab guru juga mempunyai akaun untuk simpanan dana, sekali gus memudahkan mereka mendapatkan sumbangan daripada pihak luar,” katanya.

Sumber: mStar

Kenyataan ini juga disokong netizen Facebook, Puan Siti Hadijah yang berpendapat ia bukan perkara mudah untuk mengeluarkan sebarang wang daripada tabung PIBG. Semuanya wajib mendapat persetujuan daripada ibu bapa di dalam mesyuarat PIBG.

Sumber: Facebook

Malah budaya jamuan akhir tahun ini perkara biasa yang telah dilakukan saban tahun untuk meraikan hari dan peristiwa tertentu.

Guru pun manusia biasa yang perlu diraikan. Murid-murid dah diraikan dalam jamuan lain terlebih dahulu di sekolah sebelum cuti bermula.

Bila guna dana dan sumbangan di atas usaha mereka sendiri, terpulang kepada guru-guru untuk mengadakan jamuan itu di mana termasuk di hotel,” kata Kamarozaman.

Gambar hiasan

Kamarozaman juga berkata, aktiviti pelajar sudah dirancang guru dan pihak sekolah sepanjang tahun. Jadi tidak sepatutnya timbul isu pelajar dipinggirkan kerana terdapat program seperti hari keluarga, hari kokurikulum dan hari sukan.

Lebih elok jika bersangka baik dengan para guru. Jasa mereka mendidik anak kita pun sudah tidak ternilai. Jadi tak salah kalau mereka nak adakan jamuan sesama sendiri. Cuma harapnya bukanlah menggunakan duit PIBG pula ye. 

Baca: Lelaki Hantar Semua Bekas Guru Melancong Sebagai Tanda Penghargaan Selepas 24 Tahun Tamat Sekolah!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!