in

“Best weh!” – Ini 5 Drama Malaysia Yang Diadaptasi Dari K-Drama, Boleh Layan Hujung Minggu Ni!

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ada waktu lapang, mesti korang nak binge drama atau siri yang best-best sekarang ni macam k-drama. Sebabnya, drama dari Korea tu memang diminati seluruh dunia sehinggakan ada pihak produksi yang mengadaptasi beberapa drama tersebut termasuklah Malaysia tau!

Tapi, mesti ramai tak tahu drama Korea yang pernah diadaptasi dekat Malaysia kan? Jadi, untuk artikel kali ni, min nak cerita pada korang lima drama Malaysia yang berasal dari k-drama.


1. My Coffee Prince

720

Nak Fattah Amin ambilkan order? Datanglah ke kafe My Coffee Prince ni yang pastinya akan membolehkan korang bertemu putera idaman korang! Drama yang diterbitkan pada tahun 2017 ini diarahkan oleh Michael Ang dan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Janna Nick dan Sean Lee.

Nak dijadikan cerita, Dani, seorang wanita yang berpenampilan ‘tomboy‘ diambil kerja dalam satu kafe yang stafnya hanya dikhaskan untuk lelaki je. Sejak itu, Raikal, pengusaha kafe tu mula jatuh hati padanya namun, Dani tak nak dedahkan jantina sebenarnya kerana takut hilang pekerjaan.

Bukan tu je, cerita ni taklah terlalu berat untuk difahami malah, penuh dengan komedi dan drama yang mencuit hati penonton.

2. Black 

Black 2

Black diadaptasi dari siri drama popular Korea yang dibintangi oleh Song Seung-heon dan Go Ara manakala versi Malaysia pula, ia dibintangi Kamal Adli dan Siti Saleha. Ia disiarkan dalam platform Viu pada 2019 dan ditayangkan selama dua musim.

Kisahnya, ia menceritakan tentang Sofia, wanita yang mampu meramal kematian dan Detektif Malik atau Black yang merupakan makhluk bunian perlu menyelesaikan satu pembunuhan bersiri yang akhirnya membongkar rahsia besar dalam drama ni.

Kalau korang perasan, siri ni memang tak jauh beza dengan drama asalnya. Cuma, konsep ‘grim reaper‘ telah ditukar kepada makhluk bunian sesuai dengan cita rasa Malaysia. Bagi siapa yang minat cerita seram dan misteri, korang memang patut layan drama ni!

3. She Was Pretty

She Was Pretty Malaysia Viu

Drama adaptasi ni memang viral tahun lepas sebab memang lawak habis! Ia merupakan drama bersiri yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan dibarisi pelakon yang memang power lakonannya seperti Diana Danielle dan Aiman Hakim Ridza.

Ia menceritakan tentang buah hati zaman kanak-kanak iaitu Nadia dan Haniff yang bertemu semula bila dah besar. Namun begitu, Nadia yang dulunya cantik telah menjadi hodoh manakala Haniff yang dulunya macam budak hingusan, kini menjadi seorang yang hensem dan bekerjaya. Yang sedihnya, Haniff langsung tak cam Nadia yang dia pernah suka dahulu.

Jadi, kalau korang nak tahu sama ada Nadia berjaya kenalkan diri dia balik pada Haniff atau tidak, korang kena layan drama ni dekat Viu.

4. W: Two Worlds

266Cdad5Ab654C32A2F6Aab09Aa09F2A 396860099 18394173235045317 4407449575124657589 N

Sama seperti She Was Pretty, ia merupakan sebuah drama adaptasi dari Korea yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim. Selain tu, ia juga menampilakan hero dan heroin Malaysia iaitu Hun Haqeem sebagai Aliff dan Daiyan Trisha sebagai Dr. Izara.

Secara ringkasnya, semasa Izara sedang mencari ayahnya, dia secara tak sengaja telah menyelamatkan Aliff yang merupakan watak dalam webtoon ciptaan ayahnya. Disebabkan tu, Izara telah muncul sebagai watak dalam webtoon tersebut menyebabkan takdirnya di dunia realiti dan fantasi itu saling berkait.

Kalau korang peminat cerita fantasi, misteri dan sedikit komedi, korang kena tonton cerita ni. Ia akan ditayangkan setiap Khamis bermula dari 30 November 2023 sebanyak 12 episod di Viu.

5. Strong Girl

1907100 Vert

Terbaru, projek Viu Upfront 2024 telah mengumumkan bahawa drama asal Korea, Strong Girl Bong-soon bakal diadaptasi ke drama Malaysia yang akan menemui penonton pada tahun depan. Tak cukup dengan tu, dua pelakon lelaki utama telah ditampilkan iaitu Nadhir Nasar dan juga Meerqeen.

Walau bagaimanapun, pelakon utama wanita yang akan memainkan watak ‘Bong-soon‘ masih dirahsiakan. Tak sabarnya nak tengok!

Sumber: Wikipedia, SoyaCincau

Sumber: Viu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.