Tak lama lagi dah pun masuk bulan Ramadan, mesti ramai yang dah mula buat mental checklist nak beli baju raya, barang dapur, kuih raya, barang sahur, deko rumah dan macam-macam lagi lah nak buat.
Tapi jangan risau sebab Shopee sekarang tengah ada Shopee Bazar Hebat Ramadan yang menawarkan banyak benda sekaligus boleh selesaikan keperluan Ramadan dan Raya dengan lebih jimat dan mudah. Kalau nak tahu apa yang ditawarkan oleh Shopee Bazar Hebat Ramadan tahun ni, korang kena baca dekat bawah ni.

1. Pertunjukan fesyen baharu setiap minggu di Shopee Live

Kalau korang tengah mencari fesyen terbaru untuk digayakan, jangan risau!
Sebab setiap Jumaat 12PM – 2PM, ada Shopee ada koleksi fesyen baharu di Shopee Live, di mana pelbagai rangkaian dari kaftan, kurta baju kurung hinggalah ke tudung yang korang boleh pilih. Dari live ni juga, korang boleh terus tengok cutting, material dan styling dengan lebih dekat.
Tak cukup dengan itu, dapatkan baucar Livestream dengan potongan sehingga 50% turut ditawarkan untuk korang grab fashion Ramadan kegemaran sebelum kehabisan!
2. Penghantaran percuma TANPA perbelanjaan minimum

Kenapa bayar kos penghantaran kalau boleh dapat Free Shipping di Shopee? Nikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari hingga 25 Februari 2026! Barang RM1 pun boleh dapat Free Shipping guys!
3. Asyik tak tahu nak makan apa je? ShopeeFood bagi Tawaran Diskaun 50%

Macam yang korang tahu, bulan Ramadan ada hari yang kita rajin masak dan ada hari yang kalau boleh nak order je.
Jadi sepanjang Ramadan, ShopeeFood ada:
- 50% Diskaun Jom Rebut Deals sepanjang musim berpuasa, lengkap dengan baucar penghantaran percuma dan baucar rebat!
- Tawaran Beli 1 Percuma 1, termasuk e-baucar serendah 10 sen
Tapi kalau korang nak masak pun, Shopee ada bagi diskaun sehingga 50% untuk bahan masakan dan keperluan dapur Ramadan, senang nak stock barang dapur.
4. Saksikan Rancangan Shopee Ramadan Showdown: Siapa Paling Hebat?

Jom saksikan rancangan Shopee Ramadan Showdown: Siapa Paling Hebat? pada 24 Februari, jam 9 malam di Shopee Live! Bersama Hael Husaini, Mimi Fly, Bella Astillah, Izzue Islam, Sarancak, Nadeera, Maya Miaya dan Hadi Salleh, excited betul nak tengok apa mereka akan buat!
Bukan itu je, korang juga berpeluang rebut peluang menang hingga 5 juta Syiling Shopee, baucar istimewa dan nikmati tawaran 50% Shopee Lagi Murah! Dan yang paling best, persembahan istimewa dan tengok sendiri siapa paling hebat dalam Shopee Ramadan Showdown ni!
Jadi, set reminder sekarang dan jangan lepaskan pengalaman hiburan Shopee Ramadan yang paling hebat tahun ini!
Ha, fesyen & makanan pun dah settle di Shopee, malah ada rancangan menarik lagi… Tapi tinggal apa lagi?

Jangan risau, Shopee faham yang dari bulan Ramadan dah banyak benda nak disiapkan, dan kalau nak selesaikan satu-satu memang penat betul! Tapi dekat Shopee Bazar Hebat Ramadan ini, semua barang memang dah tersedia untuk korang, hanya tinggal beli je, termasuklah:
- Sahur Tersedia
- Ibadah Sempurna
- Persiapan Berbuka
- Rumah Idaman Ramadan
Semua barang yang Mesti beli dalam Ramadan ada kat Shopee! Scroll je aplikasi, boleh ingatkan diri apa yang korang masih terlepas.
Bukan setakat tu je, banyak lagi deal hebat di Shopee sepanjang Ramadan yang pasti buat korang senyum sampai ke telinga! Jom tengok.
- Diskaun 50% di Shopee Live
Dapatkan diskaun 50% di Shopee Live setiap hari pada jam 12PM dan 8PM dan diskaun sehingga 95% untuk pesanan terpilih. Murah betul, memang boleh terus beli, tak pikir panjang dah!
- RM10 Knockout Deals

Dapatkan barangan berjenama dengan harga serendah RM10 & RM100 pada:
-
- 1, 14, 24 Februari: 8PM
- 2, 15, 25 Februari: 12AM | 10AM | 12PM | 2PM | 8PM | 10PM
- Crazy Voucher Drop

Korang! Jangan lepaskan peluang untuk rebut baucar RM10 OFF yang akan dikeluarkan setiap 10 minit dari waktu-waktu berikut:
-
- 1, 14, 24 Februari: 9PM – 10PM & 11PM – 12AM
- 2, 15, 25 Februari: 9AM – 10AM | 11AM – 12PM | 1PM – 2PM | 3PM – 4PM | 5PM – 6PM | 7PM – 8PM | 9PM – 10PM | 11PM – 12AM
Boleh tebus dan gunakan baucar diskaun ni terus!
- Penghantaran segera

Kalau korang perlukan barang cepat untuk Ramadan ni, korang juga boleh pilih guaranteed next-day delivery atau Fulfilled by Shopee untuk barangan terpilih yang dihantar oleh Shopee bila korang check out sebelum 3PM. Yang paling best? Nikmati penghantaran percuma sekali!
- Shopee Choice RM3 Knockout Deals
Nikmati produk Pilihan Shopee dengan harga hanya RM3! Pastikan korang masukkan barang dalam cart sebelum sehari dan tebus tawaran ni sebelum habis pada jam 10PM (2, 15 dan 25 Februari).
Macam biasa, Shopee akan berikan banyak baucar, Shopee Coins, hadiah wang tunai dan tawaran eksklusif sepanjang Ramadan ni untuk buat korang bertambah-tambah jimat. Jadi tunggu apa lagi, jom beli barang di Shopee Bazar Hebat Ramadan!
Shopee Bazar Hebat Ramadan kini berlangsung dari sekarang hingga 25 Februari 2026, jadi cepat-cepat rebut peluang dan bersiap-sedia untuk Ramadan dan Raya. Awai tak kalut!
Jom shopping di Shopee sekarang!
Sebelum Min mula shopping, nak share Jingle Shopee sikit, dah dengar belum?
