in

“Tak perlu hadap soalan bila nak kahwin!” – 6 Beza Raya Tahun Lain & Raya Tahun Ni Disebabkan Covid-19

Feature Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap tahun kita ternanti-nantikan Hari Raya Aidilfitri untuk disambut dengan keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan kawan-kawan. Masing-masing memperagakan baju raya yang cantik, juadah yang sedap untuk tetamu dan paling excited mestilah budak kecil sebab nak collect duit raya!


Duit

Tapi, malangnya tahun ni kita tak dapat rasai kemeriahan raya seperti tahun tahun sebelum ni disebabkan pandemik Covid-19 yang tengah melanda satu dunia. Kerajaan Malaysia pun dah tetapkan hanya dibenarkan ziarah menziarahi pada hari raya pertama sahaja dan hanya maksimum 20 orang dibenarkan dalam setiap rumah.

Mesti macam-macam perbezaan kita akan dapat lihat dan rasa bila raya tahun ni lain daripada raya tahun sebelum ni. Jom kita tengok apa yang lainnya!

 

1. “Kamu ni bila nak kahwin?”

Haa! Mungkin ini adalah satu benda yang paling disukai orang bujang dalam keluarga sebab setiap tahun time raya je mesti kena tanya soalan ni dengan makcik makcik kan? Lagi lagi kalau korang adalah satu-satunya bujang dalam keluarga, hadap jela soalan tu!

Confused Over It Gif

Tapi tahun ni, korang mungkin tak akan dapat soalan macam ni. Kalau ada juga makcik yang tanya through Whatsapp atau video call tu, korang buat-buat je line ‘sangkut’ atau blue tick je. Hahaha!

 

2. Tak boleh salam, peluk cium

Tahun ni juga kita tak boleh nak bersalam-salaman untuk minta maaf. Tak boleh dah nak beratur ikut giliran untuk salam yang tua dan peluk cium mereka. Apatah lagi, virus ni mudah dijangkiti untuk warga tua so kita kenalah make sure untuk elakkan possible way yang boleh menyebabkan jangkitan merebak.

Salam

 

3. Minta maaf melalui video call

Tak boleh berkumpul? Tak boleh ziarah dan kunjung mengunjung? Tak boleh salam, peluk cium? Memang kita minta maaf through video call jela tahun ni…

Emma Grandma Gif By The Wiggles

 

4. Duit raya? Transfer je!

Tahun ni kita tak akan guna sebanyak mana sampul duit raya seperti sebelum ni! Yela, kalau dah tak boleh berkumpul dan kunjung mengunjung, macam mana pula nak pass duit raya tu kan? Maknanya tahun ni, kita cipta sejarah (cehhhh!) bagi duit raya melalui online transfer je!

Transfer

So, sampul duit raya yang dah ada tu simpan untuk next year!

 

5. Tak ‘berebut’ makan juadah raya

Kalau ada gathering dengan keluarga dan saudara mara, dia punya kecoh dan meriah tu memang best! Bila time nak makan juadah raya, masing-masing ‘berebut’ ambil ketupat, rendang, nasi impit, kuah kacang semua tu.

Juadah1

Bukan berebut nak gaduh tapi seronok bila berkumpul ramai-ramai. Makan ‘berebut’ tulah yang best tau! Tapi, tahun ni sedih sebab tak ada semua tu. Masak juadah raya pun sikit sikit jela untuk jamu perut sendiri…. Sayuuuu~ Hati ini makin sayuuuu~

 

6. Tak dapat pergi solat raya dekat masjid 

Pagi raya selalunya rumah dan terang benderang sebab semua dan bangun nak bersiap untuk pergi solat raya dekat masjid sama-sama. Guys, tahun ni takde semua benda tu guys….

Solat

 

Kalau nak diikutkan banyak je lagi perbezaan tapi mungkin ini yang paling terasa dan menusuk di kalbu. Apakan daya, terpaksa. Tak boleh nak salahkan sesiapa sebab semua ni untuk kebaikan kita semua.

Walaupun berjauhan dengan keluarga, janganlah kita jadikan itu sebagai sesuatu yang mematahkan semangat untuk kita sambut hari raya. Macam-macam cara kita boleh buat untuk sambut Aidilfitri dengan gembira, think positive okay!

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri semua!

Eid Ul Fitr Gif By Giphy Studios Originals

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.