Setakat ini, angka kematian akibat letupan di pelabuhan dekat Berut dilaporkan meningkat kepada lebih 100 orang, lapor Harian Metro. Organisasi Palang Merah Lubnan berkata tragedi tersebut turut menyebabkan 4,000 orang tercedera namun kesemua angka ini dijangka akan terus meningkat.
Pasukan kami masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan sekitar letupan.”
Video kejadian dua letupan kuat yang menggegarkan bandar tersebut berjaya dirakam penduduk di beberapa sudut berbeza dan kini viral di media sosial. Kejadian yang berlaku pada jam 6 petang (waktu tempatan) itu dikatakan berpunca daripada ammonium nitrat yang disimpan di gudang dekat kawasan pelabuhan terbabit.
Beberapa bangunan lain yang berada beberapa kilometer dari lokasi kejadian turut mengalami kerosakan termasuklah kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri.
The cause of the explosion was not immediately clear. Officials linked the explosion to some 2,700 tonnes of confiscated ammonium nitrate that were being stored in a warehouse at the port for six years.#prayforlebanon pic.twitter.com/FAkoMPnoei
— Hyung Batman (@antontanjung21) August 5, 2020
Gambar-gambar mangsa yang dirawat di kawasan bandar juga mendapat perhatian ramai. Hospital di Beirut dilaporkan penuh dengan mangsa-mangsa yang tercedera menyebabkan ada yang terpaksa diberi rawatan kecemasan di tempat awam termasuklah kanak-kanak.
Menurut Mirror, bekas menteri kesihatan , Mohamed Khalifeh terpaksa berlari dari rumahnya menuju ke hospital terdekat untuk menghulurkan bantuan.
Saya jerit kepada keluarga supaya jaga diri, ada gempa bumi. Sebaik saya habis cakap, semuanya runtuh.”
Nyawa saya hampir melayang, saya tinggalkan keluarga dan segera ke hospital untuk selamatkan nyawa lain.”
Nada Hamza, penduduk di bandar itu menceritakan detik cemas di mana dia ketika itu berada di dalam kereta, berdekatan kawasan letupan.. Kata Nada, keretanya berada dalam posisi selari dengan pelabuhan tersebut ketika letupan meletus dan dia sendiri telah melihat bagaimana salah satu bangunan musnah akibat impak letupan tersebut. Dia kemudian terus hubungi kedua ibu bapanya.
Saya tak percaya saya masih hidup.”
Baca: “Stay indoors!” – Kesan Letupan Di Lebanon Boleh Memudaratkan Seluruh Rakyat Sebab…