in

“Tak perasan pun selama ni!” – Peminat Tuduh Kim K Rahsiakan Dia Sebenarnya Ada 6 Jari Kaki?

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang tahu, baru-baru ini Kim Kardashian telah membawa hampir semua keluarga dan kenalan rapatnya untuk bercuti di sebuah pulau persendirian di Tahiti sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40.


Ekoran dari ini, ramai peminat yang mengecam tindakan bintang realiti TV ini dengan mengatakan mereka tak sensitif dengan pandemik yang sedang melanda dunia sekarang.

Namun bukan itu saja yang menjadi perbualan netizen di media sosial, satu gambar yang dimuat naik di Instagram, Kim dilihat sedang berjalan memakai sandal dan bila tengok betul-betul, Kim kelihatan seperti mempunyai enam jari kaki!

122430743 2727363557529711 8862676165087313480 N

Dari gambar dekat atas ni, cuba korang kira ada berapa jari kaki Kim? Admin kira macam enam je…

Pun begitu, sebenarnya teori Kim Kardashian ada enam jari kaki ini bukanlah pertama kali disebutkan, malah sebelum ini Kim pernah muat naik video membuktikan yang dia memang hanya ada lima jari kaki.

Semua orang ingat saya ada enam jari kaki.”

Dalam video tersebut, Kim tunjuk video kakinya sambil mengira jari kakinya yang hanya ada lima, namun dia turut tunjuk yang bila kakinya ditekan ke bawah, bahagian tepi kakinya akan terkeluar ke atas menampakkan macam dia ada enam jari kaki.

Collage 53

Saya harap persoalan tentang saya ada enam jari kaki terjawab.”

Ok, so sebenarnya jari kaki dia memang ada lima, tapi kalau betul pun dia ada enam apa salahnya, Hitrik Roshan relaks je…

 

Baca: COVID19: Kim K & Keluarga Dikecam Tak Sensitif, Naik ‘Private Jet’ Pergi Pulau Persendirian di Tahiti Demi Sambut Hari Jadi ke-40

Feat1 5

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.