in

COVID19: Kim K & Keluarga Dikecam Tak Sensitif, Naik ‘Private Jet’ Pergi Pulau Persendirian di Tahiti Demi Sambut Hari Jadi ke-40

Feat1 5

Kim Kardashian dikecam dan diselar kerana tidak sensitif dengan pandemik Covid-19 yang sedang melanda satu dunia dan Amerika Syarikat pula setakat ini telah mencatat lebih 200,000 kematian.

Menurut Elle, Kim dan ramai rakannya telah melanggar ‘larangan melancong’ California, AS demi untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40. Mereka dilaporkan telah menaiki pesawat yang disewa khas untuk ke sebuah pulau terpencil di Tahiti dan menghabiskan hujung minggu dengan menari, berkayak, berenang dengan ikan paus di sana.

Kim1

Difahamkan, percutian mewah itu turut disertai suami serta adik beradiknya, Kourtney, Khloe, Kendall Jenner, Rob dan ibu mereka Kris Jenner. Parti itu bukanlah kecil-kecilan namun memang ramai yang berada di sana meskipun di tengah penularan Covid-19 ini.

Kim2

Kim6

Kim4

Kim5

Melalui gambar-gambar yang dimuat naik, mereka dilihat langsung tidak memakai pelitup muka. Bagaimanapun, melalui Twitter Kim menerangkan bahawa dia telah meminta semua yang terlibat untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalani kuarantin 2 minggu sebelum bercuti. Katanya,

Selepas 2 minggu menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan dan meminta semua untuk kuarantin, saya beri kejutan kepada mereka dengan percutian ke pulau persendirian di mana (kami) berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku buat seketika.”

Ramai warganet yang menyelar Kim dan menganggap dia tidak sensitif dengan perkembangan semasa di AS yang menyaksikan ratusan ribu nyawa terkorban akibat Covid-19.

Malah, negeri di mana Kim menetap iaitu California tidak menggalakkan perjalanan kecuali atas urusan penting dan penduduk dinasihatkan untuk duduk di rumah.

Baca: “Ramai tak pakai mask, tak jaga social distance” – Usain Bolt Positif Covid-19 Seminggu Lepas Buat ‘Birthday Party’

Usain Covid

Sumber: Elle
Sumber: Elle
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter