Perasan atau tidak, musim durian kali ini nampak macam ‘hilang’ meriahnya. Mana tidaknya, sebelum-sebelum ini, pastinya orang ramai akan berpusu untuk mendapatkan raja buah ini sama ada di kedai, mahupun gerai-gerai tepi jalan.
Untuk tahun ini, agak hilang serinya, lebih-lebih lagi apabila perintah kawalan pergerakan dijalankan di seluruh negara.
Boleh dikatakan semua pihak, sedikit sebanyak akan terjejas. Pembekal berdepan dengan masalah lambakan buah yang rosak kerana tidak boleh dijual kepada peniaga. Peniaga yang mempunyai kedai pula berdepan dengan masalah SOP terkini yang memendekkan masa perniagaan selain tidak dibenarkan makan di kedai sebaliknya hanya untuk dibawa pulang.
“Dengan SOP dan peraturan yang ketat tahun ini kerana PKP, kami terpaksa mengharungi penurunan dalam bilangan pelanggan yang dahulunya menikmati durian di kedai jualan” – Durian Man SS2
Secara tidak langsung, mereka yang terlibat terutamanya peniaga-peniaga kecil ini harus mencari alternatif lain bagi memenuhi permintaan pelanggan mereka. Salah satu cara yang sangat berkesan adalah dengan melakukan jualan atas talian.
Disebabkan kawasan Lembah Klang iaitu Selangor dan Kuala Lumpur masih berada di Fasa 1, Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kes jangkitan Covid-19 masih tinggi, jadi sudah tentu ramai akan memilih untuk kekal duduk di rumah.
Jadi untuk peminat durian dekat luar sana janganlah sedih-sedih, ini admin nak kongsikan beberapa kedai durian online yang trusted untuk korang cuba dan penuhi keinginan korang tersebut :
Berkeley Durian – Klang
Durian Man – SS2
Putra Fruits – PJS 2
D’Malai Café – SS15
Durian Bear – Seksyen 14
Rizky Durian – Kota Damansara
Selain durian-durian yang fresh tersebut, ada juga penjual yang menjual durian yang telah dibekukan dan produk- produk berasaskan durian yang lain, contohnya Mountain Cat Frozen Durian di Puchong ini.
Untuk pengtahuan korang, kedai-kedai dan peniaga diatas merupakan penjual yang trusted serta menjanjikan kualiti durian terbaik. Peniaga-peniaga ini menerima manfaat daripada program #TechUntukSemua yang bertujuan untuk memperkasakan peniaga-peniaga kecil dan secara tidak langsung memanfaatkan ekonomi digital melalui platform Grab.
Setidaknya, dengan adanya inisiatif daripada Grab tersebut, peniaga-peniaga seperti mereka ini tetap dapat menjalankan perniagaan mereka yang sebelum ini terjejas teruk akibat pandemik yang melanda negara.
Jika diperhatikan senarai kedai tersebut, terdapat pelbagai jenis durian seperti Musang King, XO, D24, Udang Merah, IOI dan banyak lagi dijual dan boleh didapati di Grab. Secara tidak langsung, ia pastinya memudahkan penggemar durian untuk memilih dan membeli durian kegemaran mereka, tanpa perlu keluar dari rumah.
Selain itu, dengan adanya jualan melalui platform Grab ini, setidaknya mereka yang berada di kawasan yang tidak ada penjual durian dapat menikmati keenakan buah tersebut. Hanya perlu buat pesanan, dan tunggu buah segar dihantar ke rumah dalam masa yang ditetapkan.
Penjimatan Sehingga 50%
Untungnya jika beli durian secara online di Grab pada 2-8 Ogos nanti, ada potongan sehingga 50% boleh diperoleh.
Selain itu, untuk dapatkan penghantaran PERCUMA (bernilai RM5) korang boleh gunakan kod: DURIAN dan sekiranya buat pembayaran menggunakan GrabPay, korang juga akan menerima 500 mata GrabRewards ekstra! Kedua-dua promosi ini boleh digunakan keatas setiap pembelian RM60 dan keatas.
Kalau nak tahu,selain dari tawaran diskaun separuh harga dan penghantaran percuma tu, ada banyak lagi tawaran dan promosi yang tersedia untuk produk berasaskan durian seperti kek, ais krim dan lain-lain. Sempena kempen ini nanti, ada diskaun sebanyak 15% untuk pembelian mana-mana produk di kedai yang mengambil bahagian.
Antaranya di Australian Cake House, Purple Monkey, myEureka dan lain-lain. Promosi untuk korang yang tak minat durian pun ada tau!
Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, boleh layari laman web Grab di sini.