Sebagai seorang yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, mesti korang ada jumpa bermacam-macam jenis dan ragam orang. Kadang-kadang tu memang ada yang tak berkenan, tapi nak buat macam mana kerja perlu diteruskan…
Baru-baru ini, seorang pemandu telah menceritakan pengalamannya ketika mengambil seorang penumpang wanita.
Menurutnya, selepas dia hantar penumpang tersebut ke destinasi yang diminta, pemandu ini telah terhidu bau masam dan hanyir di dalam kereta sehingga menyebabkan dia perlu berhenti ke tepi jalan untuk periksa.
Nampak kesan tu aku pun dengan yakin pegang guna tangan nak cium bau dia. Alangkah terkejutnya aku bau dia buat tekak aku rasa nak muntah.”
Kerana tak puas hati, pemandu ini kemudiannya mengambil kain untuk mengelap kesan tersebut dan melihat bahawa kesan tersebut berwarna merah sebelum google dan sahkan bahawa ianya merupakan darah haid.
Mujurnya, apabila pemandu ini membuat aduan, syarikat tersebut meminta agar dia pergi hantar kereta untuk dibersihkan dan duit tersebut boleh dituntut semula.
Masalahnya sekarang ni sampai sekarang aku tak selera nak makan. Alahai bala betullah.”
“Tak payahlah nak terlalu geli atau loya sangat”
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen tak berpuas hati dengan perkongsian pemandu ini. Kebanyakan dari mereka telah mengecam cara penceritaan pemandu tersebut yang dianggap telah menjatuhkan maruah wanita.
Kebanyakan wanita yang memberikan komen juga turut mengatakan bahawa perkara ini bukanlah satu benda yang boleh dikawal dan kalau diberikan pilihan mereka tak mahu susahkan orang lain.
Yelah tu, mungkin penumpang tu pun tak perasan yang dia bocor.
Baca: Kotornya! Ramai Geli Tengok Ada Penumpang Tinggalkan Najis Dalam Bas Rapid KL