Tak dinafikan, sesetengah restoran di negara kita ada menetapkan dress code tertentu untuk dipatuhi oleh pelanggan supaya ia bersesuaian dengan tema atau ‘kelas’ restoran berkenaan.
Pun begitu, ada kejadian yang kurang enak baru-baru ini terjadi di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur yang mana dua orang pelanggan mereka tidak dibenarkan masuk gara-gara tidak mematuhi tatacara pemakaian yang ditetapkan.
Tidak berhenti di situ, pelanggan tersebut mendakwa mereka diberikan kain sarong sebagai ‘syarat’ untuk menikmati makan malam di restoran berkenaan kerana kedua-duanya mengenakan seluar pendek.
Menurut Ye (bukan nama sebenar), dia dan rakannya berbelanja lebih dari RM1,000 untuk membeli baucar untuk menikmati makan malam di restoran terkenal di Kuala Lumpur tersebut bersama keluarganya baru-baru ini.
Namun, setibanya di sana, rakan dan bapanya tidak dibenarkan masuk kerana memakai seluar pendek paras lutut dan mendakwa pihak restoran meminta mereka mengenakan kain sarong.
Menurut Ye, hanya rakan dan bapanya sahaja yang tidak dibenarkan masuk manakala pakaian kesemua ahli keluarganya dan kanak-kanak dibenarkan.
Ketika kejadian, Ye mahu tempahannya itu dibatalkan selain meminta pemulangan wang, namun tidak dibenarkan oleh restoran berkenaan yang menyebabkan mereka tiada pilihan lain selain menyarungkan kain tersebut.
Semakan laman web restoran yang dimaksudkan itu, memang dinyatakan dengan jelas bahawa dress code adalah ‘smart casual’ dan ‘easy-glam’ sambil menegaskan pelanggan tidak dibenarkan untuk memakai selipar dan seluar pendek.
Selain itu, disebutkan juga bahawa pihak mereka berhak untuk tidak benarkan mana-mana pelanggan yang melanggar dress code berkenaan untuk memasuki premis mereka.
Baca : “Berbaloi dengan harga kami” – Kedai Tomyam Didakwa Cekik Darah, Pemilik Tampil Beri Jawapan