in

“Tak pasal-pasal” – Almost 30 Tahun Kahwin, Loving Couple Terpaksa Bercerai Lepas Dapat Tahu Dorang Sebenarnya Adik Beradik

Collage 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita banyak kali juga dengar tentang kisah percintaan tak kesampaian gara-gara masa nak kahwin baru dapat tahu yang sebenarnya terbercinta dengan adik beradik sendiri kan?


Namun malangnya, bagi pasangan ini, dorang dapat tahu dorang adalah adik beradik kandung hanya lepas hampir 30 tahun berumah tangga! Allahu…

Menurut seorang netizen di Twitter, dia berkata cikgu sekolahnya yang bersuamikan peguam sering menceritakan tentang kes pasangan cerai yang berlaku di Malaysia.

Salah satunya adalah tentang seorang pasangan yang sangat loving dan dah hampir 30 tahun hidup bersama, ada anak 5 orang dan dah pun bercucu.

Namun, mereka terpaksa berpisah lepas dapat tahu tentang status sebenar diri mereka…

16427450 1928352567385748 6680678051037507998 N 700X467 1
Gambar hiasan

Netizen ini berkata, bapa kepada pasangan suami isteri ini merupakan seorang pemandu lori dan sering merentas negeri-negeri di semenanjung untuk menghantar barang.

Kalau korang nak tahu, si isteri merupakan orang Terengganu, si suami pula berasal dari Johor. Dikatakan, masa bapa dorang ni bekerja sebagai pemandu lori, dia telah kahwin senyap-senyap dengan wanita lain.

Mana taknya, zaman dulu tak ada media sosial, lepastu asal sorang dari Selatan sorang dari Timur, mananya nak terfikir yang dorang ada kaitan?

Bapa dorang? Dah meninggal masa pasangan ni masih bersekolah rendah. Rahsia pun terkubur sekali.

Setelah hampir 30 tahun bersama, ibu si suami meninggal dunia, jadi ibu si isteri datang ke kenduri tahlil untuk tolong keluarga besannya.

Nak dijadikan cerita, masa si suami kemas katil ibunya, dia terjumpa sekeping gambar terselit dekat bawah katil. Excited nak tunjuk muka ayahnya pada isteri, namun lain pula yang jadi…

Bila mak mertua lihat gambar yang ditunjukkan menantu, serta merta wanita tua ini terduduk menangis kerana lelaki dalam gambar itu merupakan suaminya sendiri.

Setelah disahkan, pasangan suami isteri ini terpaksa berpisah kerana mereka merupakan adik beradik sebapa.

Netizen yang kongsi kisah ini mengakhiri ceritanya dengan menasihati lelaki untuk tak kahwin senyap-senyap supaya perkara seperti ini tak berlaku lagi.

Bila jadi macam ni, yang merana anak-anak. Haihhh

 

Baca: “I love you” – Lelaki Tergamak Bunuh Isteri Sendiri Sebab Teringin Nak Kahwin Dengan Adik Ipar

Screenshot 2019 12 23 At 3.03.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.