Ada banyak sebab kenapa kita perlu drive berhati-hati, bukan cuma untuk keselamatan diri sendiri tapi juga orang lain. Contohnya macam apa yang berlaku di Hyderabad, India baru-baru ini apabila sebuah kereta telah menyebabkan kematian sebab dipandu laju.
Menurut Daily Mail, seorang wanita membahayakan diri dan anaknya apabila dia memandu keretanya pada kelajuan 104km/j ketika di selekoh flyover.
Video ketika kejadian kini viral di media sosial selepas dikongsi oleh DSSR (@SanjeevanSS) dan melalui rakaman tersebut kereta berwarna merah itu dilihat hilang kawalan sebelum terbang jatuh ke bawah dari flyover.
Kereta terbang……. pic.twitter.com/dasutQM3IF
— SS (@SanjeevanSS) November 24, 2019
Ketika jatuh, kereta itu telah menghempap beberapa orang awam yang tengah menunggu bas dan menyebabkan seorang wanita maut manakala 6 orang cedera.
Orang ramai kemudian mengerumuni kawasan kejadian untuk memeriksa keadaan semua individu yang terlibat dalam kemalangan itu. Dua kereta dilaporkan turut mengalami kerosakan dan pemandu serta anaknya itu dilaporkan selamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan.
Baca: “Remuk kereta tu” – Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dilanggar Pemandu Mabuk