in

Tak Nak Girlfriend Sakit Belakang, Lelaki Menabung Beli LV

Loving Bf Worked Hard And Bought Louis Vuitton For Gf Because She Has Back Pain World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah jadi pasangan bercinta, macam-macam cara kita guna demi nak tunjukkan kasih sayang dan tanda cinta kat insan tersayang. Kebiasaannya pasangan lelaki akan belikan bunga atau bawak kekasih keluar makan tempat best-best.



Tapi menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki bergelar Eugene Ng sanggup kerja keras berbulan-bulan hanya untuk belikan sebuah beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) kegemaran teman wanitanya. Semuanya hanya sebab teman wanita dia tu mengadu sakit belakang. Amboi, amboi…

1 4
sumber: wob
2 4
sumber: wob

Disebabkan kekasihnya selalu mengadu sakit belakang, Eugene nasihatkan supaya guna beg yang lebih kecil. Tapi teman wanitanya tak nak sebab dia tak suka beg bersaiz kecil. Cuma yang Eugene tahu, girlfriend dia ni mesti akan pakai beg tu kalau ia jenama LV yang jadi kegemarannya.

Jadi, keesokan hari Eugene bawa girlfriend pergi Pavillion, KL untuk shopping beg tangan. Mula-mula dorang masuk kedai Gucci, tapi girlfriend dia tak berminat. So lepas tu dorang masuk LV pulak. Teman wanita Eugene happy sangat dan dia pilih tiga bag yang paling dia suka.

3 4
sumber: wob
4 2
sumber: wob

Lepas pilih satu beg yang dia paling berkenan, teman wanita Eugene rasa serba salah la pulak. Jadi dia suggest beli beg biasa je lah. Tapi Eugene ni tak endah dan tetap belikan jugak beg LV tu untuk teman wanitanya. Sebab bagi Eugene, kebahagiaan teman wanitanya paling penting.

Teman wanita Eugene anak orang berada. Tapi Eugene bukan anak orang senang. Jadi disebabkan dia tak nak teman wanitanya merana, Eugene cakap dia sanggup buat apa saja supaya kekasih dia tak rasa susah bila bersama dia.

5 2
sumber: wob
6 2
sumber: wob

Sebab tu lah walaupun teman wanita Eugene sebenarnya mampu beli sendiri beg LV tu, Eugene tetap berkeras nak belikan beg tangan untuk kekasihnya dan buat cinta hati dia rasa macam princess! Waah bertuahnya girlfriend dia!

7 1
sumber: wob

Dan paling best bila layanan macam princess bukan untuk teman wanita dia je sebab Eugene jugak ada plan untuk belikan beg tangan berjenama kat mak dia jugak. Sebelum ni dia dah belikan kereta dan rumah untuk mak dia. Bertuahnya dapat anak macam ni!

8
sumber: wob

Eugene cakap yang dia tak akan berhenti bekerja keras demi orang-orang yang dia sayang. Semoga dorang terus bahagia!

Baca: Kekasih Buat Kejutan, Sorok iPhone X Dalam Kek Hari Jadi Hadiahkan Kepada Teman Lelaki

Aa 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.