in

“Tak kaya takpe janji pandai hargai” – [VIDEO] Terharu! Lelaki Tidur Beralas Simen, Tunggu Isteri Nak Bersalin

Fi Suamii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak berlakunya pandemik Covid 19, banyak perkara yang terpaksa kita bataskan sebagai contoh pergerakan kita pun dah tak sebebas macam dulu.


Kalau di hospital pula, para suami yang nak temankan isteri mereka yang nak bersalin turut tak dibenarkan. Seperti kisah ini, apabila si suami tetap berkorban masa untuk isterinya yang sedang menunggu masa untuk bersalin.

 

Tidur beralas simen

Beberapa hari yang lalu, sebuah video dimuat naik di aplikasi TikTok tentang seorang suami yang dilihat tertidur di pondok wakaf di dengan beralaskan simen saja.

Perkara itu di muat naik oleh si isteri dikenali sebagai Zue melalui akaun TikToknya, di mana video tersebut bertujuan untuk meluahkan rasa terharunya terhadap pengorbanan suami yang dilihat terlampau letih.

Difahamkan juga momen tersebut berlaku di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh, Kelantan, di mana wanita tersebut dikatakan bakal bersalin di situ.

Sweet moment tersebut telah menjadi perhatian ramai dan sehingga kini meraih hampir 300k views

@z_n_nick

smga suamiku dibwh lindungan Allah selalu ..aq syg kau

♬ original sound – Zue’£ina? – Zue’£ina?

Kesian tengok suami dia, betul-betul mengantuk tu.

 

“Suami selagi isteri bersalin tak boleh nak lelap”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan cara si suami kerana menganggap dia menjalankan tugas yang elok sebagai ketua keluarga. Selain itu, ramai juga berkongsi pengalaman mereka yang seakan Zue.

Reak Suami 1 Edit

Reak Suami 2 Edit

Reak Suami 3 Edit

Reak Suami 4 Edit

Macam mana pun, hargai pasangan masing-masing. Barulah saling melengkapi!

 

Baca : “Rasa nak nangis tengok” – Wanita Ajak Anak-Anak Photoshoot Raya, Siap Bawa Gambar & Baju Arwah Suami

Cats 64

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.