in

Tak Boleh Minum Air Banyak? KKM Perjelas Antara Mitos Pasal Wanita ‘Pantang’ Lepas Bersalin

Fi Pantang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para ibu milenial mesti ramai yang stress bila tiba masa untuk ‘berpantang’ selepas melahirkan anak kan? Tak boleh makan macam-macam, tak boleh banyak bergerak, dan macam-macam lagi lah!


Tetapi, menerusi portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ada beberapa perkara berkaitan budaya ‘berpantang’ selepas bersalin yang dikatakan sebenarnya mitos dan bukan perkara wajib untuk diamalkan.

Para ibu dah boleh buat checklist pernah tak korang buat perkara ini masa korang ‘pantang’ sebelum ni.

Jangan makan ubi-ubian

Ubi Jalar

Menurut KKM, makan ubi-ubian semasa masih dalam ‘pantang’ bersalin boleh mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut hanyalah mitos sahaja. Sebaliknya, ubi-ubian merupakan bijirin yang dapat bekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga kepada si ibu.

Tetapi, sekiranya si ibu tidak boleh mengambil ubi-ubian semasa dalam pantang, digalakkan untuk mengambil makanan gantian daripada kumpulan bijirin yang lain seperti nasi sebagai sumber karbohidrat dalam diet ibu.

Jangan makan makanan ‘sejuk’

Pexels Any Lane 5946081

Makanan ‘sejuk’ ni bukan macam ais krim atau ais tu tau. Tapi sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang itu yang dianggap sebagai ‘sejuk’. Dikatakan makanan sejuk boleh menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit badan.

Namun, sebenarnya tiada kajian yang mengatakan mengelak daripada mengambil makanan sejuk ini dapat memberi faedah kepada ibu berpantang. Tetapi, para ibu dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tidak sejuk seperti sawi hijau, bayam, kucai, buah oren, dan betik untuk membantu melancarkan proses pembuangan najis dan mengelak daripada sembelit.

Ikan, ayam, telur tu ‘bisa’

How Much Protein Should I Be Eating

Dikatakan makanan ini dan beberapa jenis buah-buahan seperti nenas merupakan makanan yang ‘berbisa’ dan ‘tajam’. Ia dianggap boleh melambatkan menyembuhan luka bersalin dan boleh menyebabkan pendarah bagi ibu berpantang.

Tetapi, sebenarnya makanan ini mengandungi sumber baik seperti protein, vitamin dan garam mineral. Ibu berpantang digalakkan mengambil secukupnya sumber protein kerana ia amat penting untuk memulihkan luka selepas bersalin dan membantu pembentukan tisu untuk luka itu sembuh.

Elakkan banyak minum air

Pexels Elle Hughes 2101147

KKM mengatakan ibu dalam pantang tak boleh banyak minum air kerana ia dipercayai dapat menyebabkan urat saraf menjadi kembang merupakan mitos semata-mata.

Sebenarnya, ibu dalam pantang perlu minum air secukupnya iaitu 6-8 gelas sehari. Amalan ini amatlah penting untuk memastikan kecergasan badan ibu pulih, keseimbangan elektorlit dan mengawal suhu badan. Ia juga amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi untuk menghasilkan susu ibu kerana seseorang ibu menghasilkan anggaran 800ml atau 4 gelas susu ibu sehari.

Jadi, kalau nak ikut amalan ‘berpantang’ zaman dulu tu takde masalah…tapi make sure semuanya masih dalam diet yang seimbang. Baru lah ibu dan baby sihat!

Baca: Muat Naik Gambar Mesra, Ryzal Maryam Sekali Lagi Dikecam Isu Pantang

Baca Pantang

Sumber: UNAIR NEWS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.