in

“Tak boleh blah alasan dia” – Wanita Ini Mengaku Langgar Perintah ‘Lockdown’ Untuk Cari Lelaki ‘Handsome’

Tak Boleh Blah Alasan Dia Wanita Ini Mengaku Langgar Perintah Lockdown Untuk Cari Lelaki Handsome

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan penularan COVID-19, banyak negara di dunia telah menguatkuasakan beberapa undang-undang sebagai salah satu usaha untuk mengekang wabak ini. Di Malaysia, kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan melarang aktiviti rentas negeri.



Lockdown E1618626365928
Gambar hiasan

Negara seperti United Kingdom juga tidak terkecuali. Pada bulan Mei tahun lalu, kerajaan di negara itu telah menguatkuasakan undang-undang lockdown buat pertama kali. Pun begitu, masih ada juga individu-individu yang cuba untuk melanggar perintah ini. Macam-macam alasan dikeluarkan mereka ketika ditahan polis. Kalau masuk akal boleh lah nak dipertimbangkan

Lapor Liverpool Echo, seorang wanita menggunakan alasan yang memang tak boleh ‘brain’ iaitu dia mahu mencari lelaki handsome ketika ditahan polis di Tollemarche Road, Birkenhead pada petang 4 Mei tahun lalu.

Louise Whelan E1618626168937

Menurut dokumen yang baru sekarang dikeluarkan pihak mahkamah, Louise Whelan, 29, yang berasal dari Rankin Street, Poulton pada mulanya mendakwa dia baru sahaja selesai menghantar anak buahnya dan telah pergi ke kedai.

Walau bagaimanapun, selepas disoal siasat polis, Whelan mendedahkan dia sebenarnya sudah mengembara sehingga ke Liverpool.

“Dia (Whelan) mengaku tidak keluar rumah untuk membeli-belah dan mengatakan Liverpool mempunyai banyak lelaki ‘handsome’. Dia mahu memandu di sekitar dan mencuba nasib,” kata pegawai polis, PC David Cullen.

Namun begitu, wanita berkenaan akur ketika pegawai polis memberitahu akan melaporkannya kerana telah melanggar perintah lockdown.

Whelan didapati bersalah kerana keluar rumah tanpa sebab munasabah semasa perintah lockdown dan telah didenda £339 (RM1,925).

Sumber: Liverpool Echo

Baca: “Nak berbincang ke nak mabuk?” – 9 ‘Pakcik’ Kena Tahan Langgar PKP, Lepak Minum Arak Tapi Bagi Alasan Ada ‘Discussion’

Lepak Pkp E1618626082103

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.