Korang tahu tak? Ada satu gunung berapi aktif dekat Iceland yang bernama Gunung Berapi Fagradalsjfall telah dilaporkan meletus sejak 19 Mac lepas dan dikatakan masih mengeluarkan laharnya sampai ke hari ini. Lama tu, dah nak 3 bulan dah.
Lahar yang keluar dari gunung berapi terletak di Semenanjung Reykjanes itu tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti.
Fenomena yang berlaku ini mendapat perhatian penduduk di Iceland untuk berkunjung ke sana sambil menikmati pemandangan yang ‘panas’ itu.
Tengok guna dron
Kalau korang nak tengok macam mana keadaan di gunung berapi itu, korang boleh try tengok video yang dimuat naik baru-baru ini oleh seorang Youtuber bernama Joey Helms di akaun Youtube miliknya.
Lelaki ini menggunakan kamera dron yang dipandu secara jarak jauh untuk menikmati pemandangan menakjubkan dari atas kawasan gunung berapi tersebut. Memang amazing gila!
Dron yang dipandu melalui kawalan jarak jauh itu dilalukan menuju ke kawasan gunung berapi sampaikan korang boleh nampak lahar-lahar yang mengalir keluar dari puncak gunung berapi. Seram gila weh tengok lahar-lahar gunung berapi tu.
Hasil rakaman dron tersebut menunjukkan lahar yang mengalir deras itu berwarna merah terang dan kehitaman yang membuktikan bahawa ianya begitu panas dan sangat berbahaya.
Terkena percikan dan jatuh
Masalah mula berlaku bila dron tersebut menghampiri puncak gunung berapi yang dipercayai tempat keluarnya lahar-lahar yang sangat panas itu.
Lahar mengalir keluar dari puncak gunung berapi dengan deras sampai terpercik ke udara dan terkena ke arah dron yang dipandu oleh Joey.
Secara tiba-tiba, rakaman dari kamera dron itu terhenti dan dipercayai telah jatuh ke dalam lahar yang panas di puncak gunung berapi tersebut. Dah tak boleh diselamatkan dah, mampu tengok je.
Namun, klip rakaman berjaya direkodkan dan dimuat naik ke Youtube oleh Joey beberapa jam selepas kejadian berlaku.
Ngeri juga weh tengok lahar tu mencanak-canak keluar. Allahu insaf jap tengok.
Sumber: Joey Helms
Baca:Gunung Berapi Tertinggi Di Pulau Jawa Meletus, Keluarkan Asap Setinggi 4.5 Kilometer