in

“Tak adil kaitkan jenayah dengan warna kulit”- Warga Afrika Rayu Jangan Label Mereka Sebagai Penjenayah Sebab…

Featured 7

Tidak dinafikan jenayah di negara ini banyak melibatkan warga Afrika atau lebih dikenali sebagai ‘Awang Hitam’.

Malah stigma warga Afrika sebagai ‘orang jahat’ rasanya sudah sebati dengan sebilangan rakyat di negara ini.

Sedar atau tak pandangan negatif masyarakat awam terhadap warga Afrika di negara ini semakin menjadi-jadi, meskipun hanya segelintir yang membuat masalah terlibat dengan aktiviti jenayah.

Rr

Sumber: blog

Menyedari perkara itu, warga Afrika yang bekerja dan belajar di Malaysia merayu kepada netizen di negara ini agar tidak terus ‘menghukum’ mereka dan melabelkan mereka sebagai penjenayah, lapor Sinar Harian.

Orang jahat dan baik ada di mana-mana. Jadi tidak adil untuk kaitkan seseorang dengan jenayah hanya kerana warna kulitnya. Masih ramai di antara kami yang sangat menghormati dan menyayangi negara ini yang diibaratkan sebagai rumah sendiri”– Ibrahim Madaki

Ibrahim yang juga Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Shah Alam Antlers berkata golongan mereka juga bekerja secara halal dan hidup bahagian di negara ini.

Sementara itu Pensyarah Komunikasi dan Media Universiti Taylor, Prof Madya Dr Ali Salman berkata dia dan rakannya dari benua Afrika sendiri tidak selesa dengan berita warga Afrika melakukan jenayah di Malaysia, namun dia menyokong usaha PDRM dan Imigresen yang membanteras kes jenayah melibatkan rakyat dari benua tersebut.

“Bagaimanapun, kita tidak selesa cara laporan itu dibuat dan juga cara pihak bertanggungjawab yang menganggap warga Afrika semua adalah jahat. Ini menimbulkan situasi yang tegang di antara warga Afrika dan orang tempatan,”

D0499B77 5050 4730 A1Ba 2F780E72757E 19 43 451532

Aperikao1 1560648619
Sumber: blog

Ibrahim berkata, disebabkan segelintir yang melakukan jenayah dia dan rakannya pernah dipandang sinis rakyat di negara ini, lebih-lebih lagi ketika melibatkan ke Black Money dan lain-lain.

“Saya mahu sewa rumah pun susah dan pernah ditolak kerana saya dari Afrika. Tuan rumah tidak mahu berurusan dengan kami,”

Berkongsi pandangan sama seorang lagi rakyat Afrika di negara ini, Ogunleye Gbenga Olatunji Anthony berkata jenayah yang dilakukan ‘awang hitam’ di Malaysia sedikit sebanyak memburukkan imej warga Afrika.

“Sebagai orang Nigeria, kami dikenali sebagai masyarakat yang rajin dan membuat kerja dengan bersungguh-sungguh. Tetapi ada antara kami ditipu ejen yang menguruskan visa ke Malaysia.

“Mereka dijanjikan pekerjaan dan hidup yang baik di Malaysia. Apabila sampai, baru mereka sedar telah ditipu dan akhirnya terdesak melakukan jenayah untuk meneruskan hidup,”.

Katanya sebab itu dia merasakan bahawa individu yang melakukan jenayah tersebut terperangkap dalam keadaan disebabkan ketiadaan pekerjaan dan terdesak untuk memenuhi keperluan di tanah asing.

 

Betul jugak, jangan lah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. 

Baca : “Keluarga saya sporting” ; Keluarga Gadis Dari Kedah Terima Menantu Afrika Barat Dengan Tangan Terbuka

1 5