in

“Tak ada kena mengena” – Kononnya Tapai Jadi Merah Kerana Dibungkus Wanita ‘Period’, Netizen Jelaskan Hal Sebenar

Period Jangan Buat Tapai E1665199596966

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak dengar mitos orang dulu-dulu cakap kalau wanita sedang dalam haid dia tak dibenarkan membungkus tapai?


Menurut orang dulu-dulu, kalau wanita yang sedang haid ini membungkus tapai, tapai yang disediakan itu akan menjadi merah. Ish ye ke ni?? 

Menerusi perkongsian di grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, isu ini dibangkitkan oleh seorang pengguna media sosial yang mana dia menegur wanita yang sedang haid untuk jangan membungkus makanan tersebut kerana tapai yang dia beli itu menjadi merah.

256567660 1560679230957993 4499769286021438833 N

 

“Apa kaitan dengan period pulak?” 

Pun begitu, posting wanita itu disangkal oleh para netizen di grup tersebut yang mengatakan perkara ini sekadar mitos semata-mata.

Menerusi penjelasan beberapa orang netizen, ada yang mengatakan punca tapai menjadi merah ialah kerana ragi tidak elok ataupun cara penyimpanan yang tidak kena.

Malah ramai juga yang mengatakan dalam menyediakan tapai, kebersihan dan cara penyediaan yang betul juga memainkan peranan penting supaya ia tidak berubah menjadi merah. Ia langsung tak ada kena mengena dengan wanita ‘period’ atau tidak.

Tak Ada Kena Mengena Period Tapai

 

Kenapa tapai jadi merah? 

Isu ini juga telah mendapat perhatian page Facebook Ini Sains Beb yang menjelaskan secara saintifik mengapa tapai menjadi warna merah.

Menurut ulasan page ini, secara ringkasnya, tapai diperbuat menggunakan sumber kanji. Sama ada nasi, pulut, pulut hitam atau ubi kayu. Sumber kanji yang telah dimasak ini akan diadun dengan ragi sebagai pemula untuk menapai.

Obj27716897 1620629696

Semasa proses penapaian atau fermentasi ini berlaku, ia menggunakan pelbagai sumber mikroorganisma. Bagi yang tak tahu, tapai ini adalah hasil penapaian oleh yis dan bakteria.

Tapi kenapa agaknya tapai tak jadi? Menurut Ini Sains Beb, proses membuat tapai ini memerlukan keadaan optimum seperti gelap, lembab dan bersih daripada sebarang cemaran organisma lain.

Unnamed 2

Sebab tulah orang tua dulu-dulu pesan kalau buat tapai jangan bercakap banyak kerana kaedah ini mengurangkan cemaran atau ‘jangkitan’ bakteria dan fungus yang tak diingini dari manusia dan persekitaran.

Kalau tapai bertukar merah, bukan sebab buat tapai waktu datang haid. Biasanya terdapat cemaran kulat yang mempunyai spora kemerahan, contohnya seperti Neurospora (N. crassa), Monascus spp.

“Jaga jaga ambil tapai. Berpada padalah selalu. Walaupun pada musim perayaan dan kenduri,” tulis page tersebut.

KENAPA TAPAI JADI MERAH? Tapai diperbuat menggunakan sumber kanji. Samaada nasi, pulut, pulut hitam atau ubi kayu….

Posted by Ini Sains Beb on Sunday, November 14, 2021

 

So ingat ye korang, tapai jadi merah bukan sebab wanita period. Ia ada kena mengena dengan sains. Tak pasal-pasal pulak wanita period dipersalahkan. 

Baca: [Video] Abang APM Tunjuk Bukti Pakai Belerang Nak Takutkan Ular Hanya Mitos?

Mitos

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Harian Metro
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.