in

“Tak ada bukti dalam al-quran”- Pemimpin Agama Jual Dadah Pada Student, Dakwa Ia Halal & Bantu Hafaz Quran

Featured 65

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemimpin agama di Indonesia ditahan sebab jual Methaphetamine kepada para pelajarnya, malah dia dakwa ianya halal atau dibenarkan dibawah undang-undang islam.


Ahmad Marzuki dari Madura, Timur Laut Jawa menjual bahan terlarang itu kepada pelajarnya di sebuah sekolah berasrama penuh agama di sana.

 

“Methaphetamine boleh tingkatkan fokus belajar dan baca quran…”

Malah Marzuki berkata dadah tersebut boleh meningkatkan keupayaan dan fokus mereka untuk belajar dan membaca al-quran, lapor The Star.

83079555 542795286582052 7547493106673778688 N 927010 20200130142047
Sumber: the sun daily

Pihak berkuasa mula menjejaki Marzuki yang juga penagih tegar methaphetamine, selepas kegiatannya diketahui.

Bagaimanapun Marzuki berjaya mengelak dari ditangkap polis selama 2 bulan.

Walaupun dalam buruan, didakwa Marzuki masih mengajar di sekolah berasrama penuh agama yang lain di Surabaya dan Mojokerto.

 

“Tak ada bukti pun dalam al-quran…”

Bagaimanapun, langit tak selalunya cerah, Marzuki akhirnya berjaya ditangkap pada 20 Januari ketika di menghadiri majlis pengebumian di Madura.

B793
Sumber: blog

Malah polis juga berjaya menemui sebilangan kecil methaphetamine dan peralatan dadah lain di rumahnya.

Marzuki menjelaskan bahawa dia tahu methaphetamine haram di bawah undang-undang Indonesia tapi tiada bukti terhadap bahan terlarang itu di dalam al-quran.”

Marzuki akan didakwa di bawah Undang-Undang Dadah dan jika sabit kesalahan dia bakal dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM2.9 juta.

 

Aishhhh bab ni pun nak main-main ke!

Baca : “Tak real langsung”  Raja Dadah Cuba Lari Dari Penjara Dengan Menyamar Jadi Anak Perempuannya

Make

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.