in

“Tahun 2022 dah tapi…” – Netizen Tepuk Dahi Tengok Wanita Degil Cop Parkir Walau Dah Dihon

Cop Parking

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu cop parkir ni memang dah lama dibahaskan, namun masih ada juga mereka yang pentingkan diri sampai sanggup berdiri di kawasan parkir kosong. Bila ditegur, ada yang sampai nak bertumbuk pun ada. Walaupun tahun baru dah silih berganti, isu cop parkir ni masih lagi jadi masalah.

Baru-baru ini, muncul satu video di laman sosial TikTok yang dikongsikan oleh @jalanbasah1 yang memaparkan seorang wanita berdiri di sebuah petak parkir kosong dan tak berganjak walau sudah dihon.


Lobak Merah Akak Rebut Parkir Header 700X350 1 E1651986043434

Video pendek yang sudah meraih lebih 1.6 juta tontonan (setakat artikel ini ditulis) menunjukkan seorang wanita mengetuk bonet belakang sebuah kenderaan yang cuba untuk memarkir di kawasan itu. Walaupun sudah dihon, wanita itu masih enggan berganjak malah menunding jari ke suatu arah.

“Dah tahun 2022 pun wujud lagi golongan ni…” – netizen

@jalanbasah1

mana boleh akak cop parking

♬ Wait A Minute! (Duckhead Edit) – Duckhead Dj 🇮🇩

Untuk pengetahuan, perbuatan cop parkir seperti ini adalah salah dari segi undang-undang di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang. Penalti bagi kesalah ini boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita terbabit. Tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan berkongsi pengalaman mereka sendiri berdepan dengan golongan cop parkir ini.

“Saya kena masa kat ekspo. Boleh turun cop parking tapi kereta dia jauh lagi… peningggg,” tulis netizen.

“Mana boleh cop-cop parking… sama-sama bayar jumlah sama kan,” kata pengguna lain pula.

“Aku pernah kena macam ni dulu, tekan hon pun tak nak blah. Last-last, aku bagi 2 step berapi exhaust aku baru menggelabah nak lari,” kata yang lain pula.

Sumber: TikTok @jalanbasah1

Baca: “Bila panggil security tau nak lari” – Pasangan Dari Thailand Suka Hati ‘Cop’ Parking Lepas Tu Main Lempang Je Orang Lain!

Cop Parking E1634440384485

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.