Penyanyi Amira Othman tampil menjelaskan mengenai video tular yang mengatakan dirinya mengetahui kata laluan telefon milik ‘rakan sekerjanya’ iaitu Fattah Amin.
Menurut Amira, sebagai rakan yang sudah lama bekerjasama, mereka juga selesa dan profesional ketika bekerja.
“Tahu password atau tak tahu ke, pada saya tiada isu pun,” kata penyanyi Hati-Hati itu.
Artikel berkaitan: “Rakan sekerja tapi tahu password phone”- Amira Othman Kantoi Tahu ‘Password’ Telefon Fattah Amin Ketika Siaran ‘Live’?
Artikel berkaitan: “Amira Othman ke tu?” – Kunjungi Majlis Doa Selamat Fattah Amin, Posting Dr Zulkifli Tarik Perhatian Netizen
Jelasnya, ia bukanlah sesuatu isu yang besar apabila dia memegang telefon Fattah ketika sesi siaran langsung kerana mereka hanya melihat komen orang ramai sahaja.
“Saya nak beri penjelasan di sini mengenai perkara itu. Selepas saya tengok semula video itu, bukan saya yang buka kata laluan Fattah sebaliknya masa dia beri telefon itu dalam keadaan unlock.
“Jadi bila soalan tu ditanya peminat, saya pun tertanya-tanya semula kerana saya tak buka kata laluan itu dan saya juga tanya semula pada orang ramai sama ada saya ada buka kata laluan telefon pintar Fattah?
“Saya pun tak perasan dan bila tengok balik video itu baru saya teringat saya tak buka pun kata laluan telefon Fattah itu,” jelasnya.
@cute08628
Sementara itu, Fattah pula berkata mereka berdua sangat menjaga dan menghormati privasi masing-masing.
Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan Amira didakwa mengetahui kata laluan telefon milik Fattah.
Sumber: Berita Harian