in

TAHNIAH! Budaya Melayu Di Persada Dunia, ‘Geran’ Gondol Anugerah Festival Filem Asia Di New York!

Gambar Hiasan 2 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ramai rakyat Malaysia yang terlepas pandang tentang sebuah filem yang ditayangkan pada 10 Oktober tahun lalu yang berjudul ‘Geran’. Mana tidaknya, ketika itu satu dunia diselubungi dengan filem paling hangat ketika itu iaitu ‘Joker’ kan?


Walaupun filem Geran ini ‘sejuk’ di negara kita, namun baru-baru ini filem yang berkisarkan budaya Melayu dan aksi persilatan terbitan Layar Pictures dan Tree of Hopes Productions dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19 semalam.

EasternKicks.com yang juga media rasmi NYAFF melaporkan kemenangan itu meletakkan pengarah filem Geran, Areel Abu Bakar setaraf dengan nama-nama seperti Dante Lam (Operation Red Sea), Yue Song (The Bodyguard) dan Jung Byung-gil (The Villaines) yang memenangi anugerah kecemerlangan filem aksi itu sebelum ini.

Filem Geran 2019

Filem yang mengangkat dan memartabatkan seni persilatan Gayong Pusaka dengan tema kekeluargaan dan persaudaraan itu menampilkan pelakon hebat seperti Namron, Khoharullah Majid, Feina Tajuddin, Fad Anuar, Azlan Komeng dan Megat Shahrizal sebagai pelakon.

Menurut Awani, pengarah filem Geran, Areel menyifatkan anugerah itu sebagai penghargaan besar kepada kru produksi dan peminat filem Geran yang mengangkat seni silat dan budaya masyarakat Malaysia ke layar perak di mata dunia.

“Kami tidak pernah menyangka untuk menerima penghargaan sebesar ini daripada pihak luar. Ini anugerah pertama diterima filem Geran, ini juga filem pertama saya,”

Filem Geran turut dilaporkan hanya menggunakan bajet sendiri tau! Lebih menarik, filem aksi yang disifatkan sebagai naskah kerdil oleh Areel ini berbeza daripada filem aksi lain kerana menampilkan pesilat sebenar sebagai pelakon utama dengan sebahagian besar aksi lagak ngeri dilakukan sendiri barisan pelakonnya.

Wow! Tahniah, dah la pakai bajet sendiri, menang anugerah dekat New York pulak tu! Hebat.

Baca: Filem Keenam Francais Kampung Pisang Bakal Temui Peminat Tidak Lama Lagi

Z 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.