Poligami bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka yang bergelar isteri, seorang wanita berkongsi pengalamannya bermadu.
Dalam satu temu ramah dengan stesen radio Hot FM, wanita yang mengenalkan dirinya sebagai Kina itu berkongsi dia mengambil masa setahun lebih sebelum mendapat kekuatan untuk bertemu dengan madunya.
Kina berkata dia ‘terpaksa’ menjadi kuat untuk empat orang anaknya meskipun kehidupan bermadu itu bukanlah sesuatu yang dia inginkan.
Artikel berkaitan: Isteri Kedua Bersalin Di Hospital Isteri Pertama Jadi Punca Rahsia Poligami Terbongkar
Artikel berkaitan: Wanita Didakwa Aibkan Madu, Sebar Gambar Luc*h Menerusi Surat
@hotfm976_ Semua yang di Bumi ni bersifat sementara. Kalau kita dah berjodoh dan kahwin, tak selamanya pasangan kita adalah milik kita sorang je selamanya… 🥹 @Keymi Tok Teng di FYP@Hot borak dengan Ummu Syarha, isteri pertama yang sebelum ni berat nak terima poligami… tapi akhirnya, dia pilih untuk berdamai dengan takdir. Kuatnya hati seorang wanita bila dia redha 🥹❤️ #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #TerbaikSentiasaHangat #RadioNo1 #KJjadiDJ
“Alhamdulillah, selepas ujian ini, saya memandang benda ini semuanya (dunia) bahawa ini sementara, saya jadi bersederhana.
Betullah orang cakap, bila mana kita sayang seseorang kita kena sederahana,” luahnya.
Kina tidak menafikan dia berasa sakit selepas dimadukan namun dalam masa yang sama dia juga mendapat satu perasaan yang sukar digambarkan, Kina menyifatkan ia sebagai sesuatu yang membuat dirinya berasa lapang.
Sebelum ini, Kina tular di TikTok kerana berkongsi video dia sedang menyiapkan suaminya dengan pakaian baju Melayu serba putih sebelum bernikah, dia bagaimanapun sudah menetapkan akaun TikTok miliknya dalam mod private.
Sumber: TikTok
