in

“Syarikat kurier pun boleh jadi modal scammer” – Ambil Tahu 3 Perkara Ini Untuk Elak Jadi Mangsa

Untitled Collage 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam-macam jenis scam kita dah dengar dan lihat sekarang ni.


Almost setiap hari kita boleh baca ada je laporan mangsa kehilangan ratusan ribu ringgit di tangan individu yang cari makan dengan cara memeras ugut dan menipu orang lain.

Ratusan ribu tu bukan sikit, boleh buat invest beli tanah kat mana-mana atau beli kereta sebiji dua dah.

Scam

Boleh bayangkan ke macam mana rasanya semua duit yang kita kumpul hasil titik peluh mengerah keringat sehari-hari, tiba-tiba lesap macam tu je hanya disebabkan oleh penipuan yang dibuat menerusi panggilan telefon?

Boleh putus nyawa dibuatnya, kan?

Tapi itulah realiti kehidupan sekarang, dan sebab itu jugalah kita perlu aware, take note, enlighten ourselves, be in the know, baca, iqra dan sebagainyalah — supaya tidak mudah terpedaya dengan penipuan mereka.

 

“We are having problems with your box”

Baru-baru ini, seorang peguam Nor Zabetha ada berkongsi satu kes yang diterimanya mengenai scammer yang menggunakan syarikat kurier sebagai modal memeras duit orang ramai.

Dalam perkongsiannya itu, beliau berkata — seorang rakannya telah dihubungi oleh pihak yang mengaku sebagai sebuah syarikat kurier mengenai bungkusan yang ingin dihantarnya.

Syarikat itu mendakwa, bungkusan itu telah dibuka pihak kastam dan ia didapati mengandungi sejumlah duit yang banyak.

Secara tak langsung, dah jadi kesalahan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram pulak!

Amla 1

Amla 2

 

Perkara yang perlu anda tahu

Nak selesaikan kes, syarikat itu meminta mangsa membayar sejumlah RM3,200 dan jika permintaan itu tidak dituruti mangsa akan diserahkan kepada pihak polis.

Siapa tak panik kan bila out of nowhere tiba-tiba dapat mesej macam ni. Mujur mangsa bijak, dia kata nak refer kepada lawyer dulu.

So, peguam ni kata ada tiga perkara yang kita wajib ambil tahu untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan scammer macam ni.

Amik Tau 1

Amik Tau 2

Bagus juga ada perkongsian macam ni dari orang yang memang arif dalam hal ehwal undang-undang, setidaknya pengetahuan tu dapat juga dimanfaatkan oleh orang-orang kebanyakan macam kita ni.

Sekarang ni macam-macam scammer boleh pusing untuk peningkan kita dan buat kita panik, dan kita sewajarnya mempersiapkan diri kita dan keluarga agar tidak mudah terpedaya dengan taktik mereka.

Sebab kurangnya pengetahuan la, kes macam ni makin berleluasa.

Bak kata Nor Zabetha, jom belajar undang-undang!

 

Baca: “Promo kasut RM22.50 sekali transaction tolak RM514” – Wanita Dedah Laman Web Scammer Buat Sale ‘Kaw-kaw’, Rupa-rupanya…

Scam 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.