in

Syamsul & Ira Kazar Sah Cerai Talak 1, Wujud Perlanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali

Ft Syamsul Yusof Ira Kazar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah sensasi Syamsul Yusof dan Ira Kazar dikatakan telah sah bercerai talak satu pada Khamis. Menurut sumber, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan bahawa wujud pelanggaran taklik sebanyak 5 kali dibuat Syamsul terhadap Ira sejak 14 Ogos lalu.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habis membuat keputusan tersebut selepas meneliti semua dokuman difailkan Ira pada 21 Ogos lalu.


Artikel berkaitan : Kes Perceraian Syamsul Yusof: Ira Kazar Failkan Pengesahan Lafaz Taklik, Ada Kaitan Dengan Posting Media Sosial

Artikel berkaitan : Perceraian Syamsul Yusof &  Ira Kazar Tiada Kaitan Dengan Taklik –  Peguam

Peguam yang mewakili Ira iaitu Muhammad Fadhul Abd Razak memberitahu wujud penceraian luar mahkamah, namun bersyukur perkara itu selesai dengan baik.

“Hari ini mahkamah sudah sahkan bahawa berlaku perceraian di luar mahkamah di antara Ira Kazar dan juga Syamsul. Mahkamah sah dokumen tersebut sekitar pukul 10.30 pagi tadi. Terima kasih kepada mahkamah kerana dapat selesaikan dengan segera.”

Screenshot 2024 09 05 120954

Hari ini, Azmi memberitahu pelanggaran taklik itu ada kaitan dengan tindakan Ira yang membuat hantaran di media sosial.

Namun begitu, Azmi tidak memperincikan hantaran tersebut sehingga berlakunya pelanggaran taklik. Sekadar info, Syamsul Yusof telah memfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu kerana dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman.

Screenshot 2024 09 05 121015 1

Sebutan kes berkenaan sepatutnya berlangsung pada 25 September ini di Mahkamah Rendah Syarikah Gombak Timur, Selangor.

Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Ia disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.