in

“Syak sorang mamat pervert ni tapi…” – Pelanggan Terkejut Ada Orang Selit Kamera Dalam Berus Tandas Lelaki

Hiddencamera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni jangan kata perempuan, lelaki pun kena hati-hati! Satu kedai minuman jenama terkenal dekat Muar ni ‘kantoi’ ada pasang kamera secara tersembunyi kat dalam tandas lelaki.


Insiden ini berlaku pada pukul 11 malam tadi (17 Julai 2019) oleh seorang pelanggan, ia dikongsikan melalui pos Facebook sebagai satu peringatan kepada kita semua untuk berhati-hati.

 

Selit kamera dalam berus 

Hidden Pinhole Camera Found In Toilet Of Tealive Outlet In Muar World Of Buzz

Viral Post Shows Hidden Pinhole Camera Found In Toilet Of Tealive Outlet In Muar Shocks Netizens World Of Buzz

Menerusi World Of Buzz, masa pelanggan tu nak gunakan toilet, dia ternampak ada benda disumbatkan dalam berus kat bucu tandas tu.

Memandangkan dia dah regular customer, dia terus capai berus tu dan mendapati bahawa ianya merupakan kamera tersembunyi.

Selepas pengurus kedai tersebut dimaklumka, pengurus tersebut terus tutup pintu toilet tu supaya  pelanggan lain tak jadi mangsa. Pihak kedai semak seluruh tandas, mereka dapati hanya ada satu sahaja kamera tersembunyi sebelum buat laporan polis.

Masa pihak polis semak kandungan dalam kad memori peranti tu, tak ada sebarang imej, yang ada cuma rakaman suara sahaja.

 

Syak ada sorang lelaki ‘pervert’ tapi…

Viral Post Shows Hidden Pinhole Camera Found In Toilet Of Tealive Outlet In Muar Shocks Netizens World Of Buzz 2

Viral Post Shows Hidden Pinhole Camera Found In Toilet Of Tealive Outlet In Muar Shocks Netizens World Of Buzz 3

Bila mereka semak melalui rakaman CCTV kedai tu, mereka syak ada seorang lelaki yang nampak mencurigakan (pervert) ni, tapi tak ada bukti.

Jadi mereka tak nak dedahkan gambar lelaki tersebut. Ya lah kalau silap kang tak pasal-pasal lain hal pula yang jadi.

Kepada korang yang nak gunakan tandas awam diluar sana, mohon semak keadaan sekeliling dahulu supaya tidak menjadi mangsa terutamanya wanita.

Kaum adam pun jangan pandang remeh pasal hal ini, sebab kes ini berlaku dalam tandas lelaki. Hati-hati!

 

Baca : Lelaki Psiko Pasang Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Rumah, Rakam Kakak Ipar Mandi

Lelaki 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.