in

Lelaki Psiko Pasang Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Rumah, Rakam Kakak Ipar Mandi

1 3

Keluarga sepatutnya melindungi satu sama lain. Malangnya, kini terdapat banyak kisah yang memaparkan ahli keluarga tergamak melakukan perbuatan terkutuk ke atas keluarga sendiri.

Terbaru, The Star telah melaporkan tentang seorang lelaki yang telah ditangkap kerana bukan sahaja memasang kamera dan merakam kakak iparnya yang sedang mandi, tetapi turut mencabul kehormatannya.

8
gambar hiasan

Difahamkan, kejadian ini telah berlaku di Singapura tetapi melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia yang tinggal bersama isteri, anak dan kakak iparnya yang berusia 30 tahun.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang tukang masak telah dilaporkan merakam kakak iparnya di dalam tandas selepas membeli kamera bersaiz mini. Dia malah turut mencabut casing kamera itu hingga hanya tinggal bahagian dalam kamera yang bersaiz duit syiling 10 sen supaya ianya lebih sukar dijumpai. Konon tak kantoi la niii…

Lelaki yang berusia 26 tahun itu kemudian meletakkan kamera tersebut di atas pemanas air di dalam tandas kakak iparnya dan telah merakam lima video sepanjang mangsa berada di situ.

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut turut bersemuka dengan kakak iparnya di dalam bilik dan telah menunjukkan rakaman berkenaan kepada mangsa. Mangsa yang terkejut kemudian terus menghalau lelaki itu keluar dari biliknya.

Malu2
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, lelaki itu dengan selamba tidak mengendahkan mangsa dan menolaknya ke dinding. Apabila mangsa cuba melarikan diri, dia terus menolak wanita itu ke atas katil dan mencabulnya. Lebih teruk lagi, dia turut menampar mangsa supaya berhenti meronta. Jahatnya!

Mangsa yang berada dalam ketakutan, kemudian berjaya melepaskan diri daripada adik iparnya ketika lelaki itu bangun untuk membuka pendingin hawa di bilik tersebut.

Mangsa mengambil kesempatan itu dengan segera berlari ke arah tandas di bahagian dapur rumah dan mengunci pintu sebelum menelefon abangnya yang kemudian melaporkan kepada polis.

Malu4
gambar hiasan

Ketika dalam perbicaraan, peguambela lelaki itu, Desmond Tan menyatakan bahawa anak guamnya sangat menyesal dengan perbuatannya dan mengaku masih dalam keadaan terkejut kerana telah hilang kawalan sehingga sanggup berkelakuan begitu.

Difahamkan, lelaki itu menerima hukuman tiga kali sebatan dan dipenjarakan selama 30 bulan atas kesalahan yang telah dilakukannya.

Aduhai! Adik ipar sendiri pun sanggup buat macam tu. Tak fikir isteri dan anak langsung.

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: Dua Abang Tergamak Rogol Adik Tiri Berumur 13 Tahun 30 Kali Hingga Melahirkan Anak

Rape1