in

“Suspek cium muka, raba payudara & buka zip seluar.” – Pemandu Grab Wanita Diacu Pisau & Hampir Dirogol Penumpang Lelaki

Screenshot 2019 03 04 At 5.05.13 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang tengok, pemandu teksi atau Grab kebanyakannya mesti lelaki kan? Sebabnya, risiko untuk pemandu wanita lebih tinggi. Lagi-lagi bila sentiasa berhadapan dengan strangers; seperti yang berlaku pada pemandu wanita ini yang diacu pisau dan hampir dirogol pada Ahad lalu.


Menurut News Straits Times, insiden ngeri ini berlaku di kawasan sunyi berhampiran kondominium KOI Prima di Taman Mas, Puchong pada pukul 5.36 pagi.

Koi Tropika Puchong 770X480

Tanpa disangka, penumpang yang dijemput di stesyen minyak berhampiran R&R Awan Besar ini telah mengacu pisau pada leher  pemandu ini dan menekup mulutnya sejurus selepas mereka masuk ke kawasan yang sunyi.

“Suspek menyuruh mangsa untuk senyap, tekup mulutnya dan acukan pisau pada leher mangsa. Suspek kemudian lompat ke kerusi hadapan sebelum mencium dan meraba payudara mangsa.” – Ketua polis daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman:

Tak cukup dengan itu, penumpang lelaki ini juga telah membuka zip seluarnya dengan harapan untuk merogol pemandu ini.

Wanita yang ketakutan ini telah cuba untuk lepaskan diri dari lelaki tersebut dengan bergelut dan akhirnya melompat keluar dari keretanya yang masih bergerak! Gila betul!

Grab Superapp

Selepas saja wanita ini bebas, dia terus menjerit meminta pertolongan dari pemandu teksi yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.

Malangnya, penumpang lelaki tersebut sempat lari dari tempat kejadian sejurus selepas wanita tersebut menjerit.

Pemandu wanita ini kemudian menyuruh pemandu teksi membawanya ke balai polis Putra Perdana untuk membuat laporan pada jam 7.15 pagi.

Pihak polis juga berkata, pencarian suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an ini telah dijalankan.

Grab Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mereka mengenai isu yang sedang tular ini. Mereka berkata, mereka akan pastikan hak pemandu dilindungi dan hukuman akan diberi pada pelaku.

Grab juga menasihatkan orang awam supaya tak berkongsi maklumat peribadi mangsa di media sosial dan meluahkan rasa kesal terhadap kejadian yang berlaku pada pemandu mereka ini.

Jenayah boleh terjadi bila-bila masa dan tak kira tempat. Jadi, korang semua hati-hati ya?

 

Baca: Pemandu OKU Ditipu 2 Kali, Gadis Ini Kongsikan Pengalaman Grabnya

Screenshot 2019 03 04 At 4.38.28 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.