in

Pemandu OKU Ditipu 2 Kali, Gadis Ini Kongsikan Pengalaman Grabnya

Whatsapp Image 2019 02 03 At 4.22.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa tahun ini, semakin ramai pengguna yang selesa untuk menggunakan servis e-hailing, Grab. Bukan saja lebih mudah, malah ia juga lebih selesa dan berbaloi jika dibandingkan dengan menggunakan teksi biasa.


Pengalaman gadis ini yang dikongsikan di Twitter semakin menarik perhatian ramai apabila dia mendapat seorang pemandu orang kelainan upaya (OKU) masa buat tempahan.

Tak selesa, ingat nak ‘cancel’ tempahan

Grab 3
sumber: twitter

Pada mulanya, dia berasa agak tak selesa apabila mendapat notification bahawa pemandunya seorang OKU. Jadi pada asalnya, dia ingat nak cancel je tempahan tu.

Bukan apa, semuanya sebab pemandu tu dapat rating yang rendah. Siapa je tak risaukan kalau dapat pemandu rating macam tu?

Tapi sebenarnya, pemandu tu baru je drive sehari dan dah kena tipu dua kali!

Grab 4
sumber: twitter

Takkanlah sebab dia OKU jadi ada yang ambil kesempatan? Jahatnya!

Dulu seorang jurulatih hoki

Pemandu tu juga bercerita yang dia dulu seorang jurulatih hoki tapi baru je lagi hilang sebelah kaki tahun lalu.

Jadi dia pun jadilah seorang pemandu Grab. Dia dah call Grab nak tanyakan pasal masalah payment tu tapi tak bernasib baik.

Grab 5
sumber: twitter

Cuma sebab dia seorang OKU tak bermakna dia tak berusaha nak mencari sesuap rezeki. Malangnya ada pula orang yang tak bertimbang rasa dan burukkan pula keadaan.

Grab 6
sumber: twitter

“Don’t be quick to judge..”

Siapa tak sedihkan kalau jadi pemandu Grab tu? Mentang-mentang dia OKU, korang sesuka hati je bagi rating rendah.

Grab 7
sumber: twitter

So apa kata korang permudahkan mereka mencari rezeki? Puas hati dengan servis pemandu itu, gadis berkenaan pun bagi 5 star rating!

Grab 2
sumber: twitter

Rupa-rupanya, gadis ini anak..

Tapi bila perhatikan betul-betul nama di tweethandle tu, macam kenallah. Siapa ek?

Rupa-rupanya, gadis berkenaan merupakan anak pelakon Azhar Sulaiman. Patut macam kenal je! Kasih Iris Leona merupakan anak bongsu kepada pelakon dan juga arkitek itu.

Leona Azhar
sumber: instagram
Family Azhar 1
sumber: instagram

Selain Leona, Azhar juga ada dua orang anak yang merupakan kembar, Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin.

Memang cantik betul anak dara Azhar Sulaiman ni kan. Bukan saja cantik paras rupa, tapi cantik juga hati dia. Sesuailah dengan nama dia kan?

Baca: Giliran Anak Dara Azhar Sulaiman Pula Dapat Perhatian!

Azhar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.