in

Surat MITI Kini Perlu Ada Kod QR, Polis Boleh Tahu Sama Ada Ia Betul Atau Palsu

Ft Suratmiti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana banyak kes penipuan dan pemalsuan surat kebenaran syarikat beroperasi yang dikeluarkan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kini syarat itu sudah diperketatkan.


Bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini sehingga 14 Jun nanti, surat yang dikeluarkan MITI akan dilengkapi dengan kod respon pantas atau kod QR, lapor Berita Harian.

Menurut Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, M V Srikumar M Nair, kod itu akan diimbas oleh anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya bagi memastikan ia adalah tulen.

“Apabila kod berkenaan diimbas (pautan berkenaan) akan meminta satu nombor kod yang mana hanya pihak polis sahaja mempunyai kod berkenaan. Apabila kita memasukkan nombor kod itu, maka kita akan dapat tahu sama ada surat itu betul selaras dengan pemegang surat.”

Miti

Beliau turut berkata tidak wujud layanan double standard terhadap mana-mana individu atau kumpulan bagi tujuan kebenaran merentas negeri mahu pun daerah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

PDRM tidak melihat golongan kayangan atau sebaliknya…jika mempunyai dokumen yang sah dan bukti (kukuh), maka (permohonan rentas daerah atau negeri) adalah dibenarkan.”

Sementara itu, menurut Harian Metro, polis akan memulakan sekatan pergerakan penuh bermula hari ini dan mana-mana individu yang keluar membeli barang keperluan melebihi 10 kilometer akan diarah berpatah balik.

Seperti yang diumumkan kerajaan pada Ahad, sepanjang tempoh sekatan, semua aktiviti sosial adalah dilarang dan bagi sektor ekonomi pula hanya sebahagian kecil sahaja dibenarkan beroperasi.

Baca: [TERKINI] Golongan B40 Boleh Dapat Moratorium Selama 3 Bulan – PM

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.