Disebabkan banyak kekangan yang dihadapi oleh pekerja, polis pihak akan memberikan perlepasan kepada individu yang masih guna surat lama oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Insdustri (MITI) sampai 3 Jun ini di sekatan jalan raya (SJR).
Ini kerana masih ramai lagi yang guna surat lama tersebut dan mungkin ada yang masih dalam proses, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, lapor The Star.
Ada yang kata surat baharu belum siap, ada juga yang kata mereka baru saja buat permohonan malam semalam.”
Disebabkan itu, beliau menambah bahawa keizinan menggunakan surat MITI yang lama itu atas arahan ketua polis negeri.
Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati pekerja untuk periksa dengan majikan mengenai permohonan surat MITI yang baharu atau kebenaran dari kementerian masing-masing kerana selepas 3 Jun nanti, polis akan mengeluarkan kompaun kepada mereka yang gagal tunjuk surat baharu yang sah.
Untuk rekod, Ahad lepas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri ismail Sabri Yaakob berkata semua surat perjalanan untuk urusan kerja yang ada pengesahan MITI terbatal mulai semalam (1 Jun 2021).
Surat kebenaran perjalanan baharu akan dikeluarkan untuk sektor-sektor tertentu (essential servive) mulai 1 hingga 14 Jun ini.
Baca : Surat MITI Kini Perlu Ada Kod QR, Polis Boleh Tahu Sama Ada Ia Betul Atau Palsu