in

Superman Dalam Dunia Nyata, Ini Kisah 5 Manusia Dengan Kuasa Adiwira

Cover 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak anda berangan memiliki kuasa seperti adiwira selepas menonton filem fiksyen seperti Superman dan filem francais Marvel. Lamunan itu hanya kekal sebagai angan-angan kerana anda sedar itu semua hanyalah rekaan semata-mata.


Namun tahukah anda, sebenarnya wujud manusia yang memilik kuasa luar biasa seperti adiwira di dalam filem aksi. Bezanya, kuasa yang dimiliki tidaklah keterlaluan seperti mampu mengeluarkan pancaran laser atau boleh menghentikan masa.

Berikut adalah kisah 5 manusia dengan kuasa luar biasa persis adiwira:

1. Boleh makan semua benda

Michel Lotito, seorang penghibur dari Perancis telah digelar sebagai ‘Mr. Eats All’ kerana kemampuannya untuk makan semua jenis benda.

‘Semua benda’ yang dimaksudkan di sini bukanlah makanan sahaja, ia termasuk dengan bahan kaca, getah dan logam. Aksi lelaki ini yang paling diingati adalah pada tahun 1980, apabila dia berjaya memakan sebuah pesawat Cessna 150 dalam tempoh dua tahun.

Hasil kajian mendapati Michel menghidapi penyakit yang dikenali sebagai Pica. Keadaan psikologi ini mampu untuk membuatkan dia bernafsu untuk makan objek yang tidak bernyawa.

2. Memori fotografik luar biasa

Kaum wanita sering dikaitkan sebagai jantina yang kuat ingatan dan tidak mudah lupa. Namun lain pula cerita buat Marilu Henner, seorang pelakon yang mempunyai memori fotografik luar biasa.

Henner3 Feature 592X395

Pelakon sitkom Taxi ini memberitahu, dia mengalami kondisi yang dikenali sebagai ‘hyperthymesia’ yang membuatkan dia ingat setiap perkara yang terjadi dalam hidupnya secara terperinci.

3. Boleh hidu penyakit

Seorang wanita bernama Joy Milne dikatakan mempunyai kebolehan untuk menghidu penyakit Parkinson dengan hanya bau seseorang.

Faa7F1D4 0001 0004 0000 000001487194 W718 R1.5 Fpx41.33 Fpy50

Untuk membuktikan ketepatan kuasa luar biasa ini, satu ujian telah dilakukan ke atas wanita dari Scotland ini. Hasilnya, dia berjaya mengesan 11 daripada 12 pesakit Parkinson.

Uniknya tentang Joy Milne, suaminya meninggal dunia pada tahun 2015 akibat penyakit Parkinson. Semenjak itu, dia telah berjanji akan menggunakan ‘kuasa’ yang ada untuk membantu orang lain.

4. Otak seperti kalkulator

Kebiasannya kuasa luar biasa akan berkait rapat dengan kekuatan fizikal. Namun lain pula buat Scott Flansburg yang mempunyai otak seperti kalkulator.

Scottflansburg

Scott disenaraikan sebagai Manusia Kalkulator Terpantas oleh Rekod Dunia Guinness pada tahun 2001 dan 2003. Apa yang mengejutkan tentang lelaki ini, dia mampu untuk membuat pengiraan lebih laju daripada seseorang yang mengira menggunakan kalkulator.

5. Melihat dengan gelombang bunyi

Buta sejak kecil akibat penyakit kanser, Ben Underwood mempunyai kemampuan untuk ‘melihat’ dengan menggunakan gelombang bunyi.

Dengan ‘mengklik’ lidahnya, Underwood membaca gelombang bunyi yang memantul dari objek di sekelilingnya. Dia bukan sahaja dapat mengenal pasti arah objek tersebut, malah dia juga mampu untuk ‘melihat’ objek itu.

Keupayaan luar biasa ini membuatkan Underwood hidup seperti remaja biasa pada usianya meskipun dia tidak boleh melihat.

Kredit: PCMag, MentalFloss, Iluminasi

BACA: Menyeramkan! Sisi Gelap Industri Anime Yang Tidak Diceritakan Kepada Umum

Cats 12

Sumber: Spiegel
Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.