in

“Supaya dapat fokus dengan lompatannya” – Tak Mahu Latif Romly Risau, Kakak Rahsiakan Keluarga Positif Covid-19

Ft Keluarga Latif Romly Rahsiakan Positif Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana mahu fokusnya tidak terganggu dan risau, kakak jaguh lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly mendedahkan dia terpaksa merahsiakan tentang diri dan keluarganya dijangkiti Covid-19.



Menurut Rahaya Romly, dia enggan pemenang pingat emas itu hilang fokus memikirkan keadaan keluarga di Malaysia, lapor Awani. Difahamkan, Rahayu dan empat anaknya disahkan positif virus itu bulan lepas dan dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.

Family Latif

Latif2

Sebelum beraksi di Stadium Olimpik Tokyo, Rahayu sempat hubungi adiknya untuk memberikan kata-kata semangat namun merahsiakan keadaan dirinya serta keluarga.

Sebenarnya (saya merahsiakannya) kerana tidak mahu dia risau. Kami sudah mengetahui perkara ini (positif COVID-19) sebelum dia terbang ke Tokyo lagi tetapi kami tidak mahu dia risau dan memilih untuk merahsiakannya.”

Ia supaya dia dapat fokus kepada lompatannya sehingga saat-saat akhir.”

Tetapi Alhamdulillah, apabila kami sudah boleh balik, kami dapat melihat dia memenangi pingat emas. Sewaktu itu, kami sudah memotong gelang (pesakit) dan dapat berada di rumah untuk menonton secara langsung Latif beraksi.”

Ternyata tindakannya menyembunyikan keadaan tersebut dari pengetahuan Abdul Latif adalah tepat selepas atlet itu berjaya mendapat tempat pertama dan menyumbangkan pingat emas, sekaligus melengkapkan sasaran tiga pingat emas yang ditetapkan kontinjen negara.

Alhamdulillah, cuma risau apabila dia tercedera ketika lompatan kelima.”

Sehari selepas dia beraksi, saya ada menghubunginya untuk bertanya khabarnya dan barulah kami memberitahunya perkara sebenar.”

Baca: “Ada cakap saya lewat sebab sebok telefon keluarga” – Ziyad Zolkefli Buka Mulut Isu Lambat Masuk Call Room

Fi Ziyad Buka Mulut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.