in

“Pernah tawar kerja tapi ditolak” – Viral Bekas Atlet Pecut Para Tak Dihargai, MSN Akhirnya Buka Mulut…

Mohd Raduan Pernah Ditawarkan Kerja Msn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral di media sosial tentang bekas atlet olahraga pecut negara, Mohd Raduan Emeari yang ditemui netizen ketika bekerja di sebuah stesen minyak di Kuala Selangor. Gambar itu dimuat naik pada tahun 2019 namun sekali lagi dibangkitkan semula dan menjadi viral.


Posting tersebut mengundang pelbagai reaksi dan menimbulkan pelbagai spekulasi mengatakan bekas atlet para negara tidak dihargai. Ada yang turut membuat dakwaan bahawa isu itu menunjukkan bahawa tiada insentif diberikan kepada bekas atlet yang pernah mewakili negara seperti Mohd Raduan.

Kenapa tiada insentif penghargaan contoh macam pencen atau kerja untuk kerajaan untuk beliau meneruskan kehidupan dengan lebih baik?”

Mohd Raduan

 

Pernah ditawarkan kerja tetapi ditolak

Susulan itu, Majlis Sukan Negara (MSN) tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dan berkata Mohd Raduan pernah ditawatkan jawatan sebelum ini, namun ditolak oleh bekas atlet pecut para tersebut.

Menurut Awani, Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata tawaran kerja di MSN untuk membantu skuad negara itu ditolak atas alasan komitmen kepada keluarganya.

Katanya lagi, selepas digugurkan daripada Program Podium pada penghujung 2017, Mohd Raduan tidak menyertai mana-mana kejohanan kerana mahu fokus kepada isteri dan seorang anak.

Raduan Beraksi

Namun, beliau telah dilantik sebagai penggerak sukan olahraga para bermula pada 2020 hingga kini dengan bayaran sebanyak RM350 setiap bulan bagi membantu MSN mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan itu di Selangor.”

Untuk rekod, Mohd Raduan mula terlibat dengan program MSN secara separuh masa pada 2007 dengan kadar elaun bulanan sebanyak RM500. Dia kemudian diserap sebagai atlet sepenuh masa bermula tahun 2009 dengan elaun antara RM1,500 hingga RM2,500 sebulan, bergantung kepada pencapaian prestasi semasa di temasya sukan hingga 2015.

Bermula 2016, Mohd Raduan telah ditawarkan kemasukan ke Program Podium di bawah seliaan Institut Sukan Negara (ISN) dengan elaun berjumlah RM4,500 sebulan sehingga beliau tidak lagi berada dalam program atas faktor prestasi pada hujung 2017.”

Atlet berusia 39 tahun itu pernah mewakili Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) Filipina 2005, Korat 2007, Solo 2011, Naypyitaw 2013, Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017. Dia juga pernah beraksi di Sukan Para Asia Guangzhou 2010 dan Incheon 2014 serta Paralimpik Beijing 2008.

Sepanjang penglibatannya menjadi atlet olahraga para mewakili negara, Mohd Raduan telah berjaya menyumbangkan lima pingat emas buat Malaysia di temasya sukan disertainya.

Raduan Pegang Bendera

Raduan Bersama Kontinjen Msia

Pihak MSN bekerjasama rapat dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) untuk berjumpa dengan bekas-bekas atlet bagi sebarang bantuan yang ingin dipohon dalam lingkungan kemampuan MSN.

Pihak YAKEB juga telah berjumpa dengan beliau semalam bagi menawarkan kursus asas perniagaan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan pihak YAKEB akan membantu sekiranya Mohd Raduan berminat untuk memulakan perniagaan.”

Pihak KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan MSN melalui pihak YAKEB akan terus bersikap positif membuka ruang dan peluang terbaik yang boleh kami ketengahkan bersama pihak berkepentingan yang lain bagi terus membantu bekas-bekas atlet negara untuk meneruskan kelangsungan hidup setelah bersara daripada menjadi atlet negara.”

Baca: “Kalau salah kita terima sajalah, move on” – Bekas Ketua Pengarah MSN Anggap Ziyad Tidak Wajar Diberi Ganjaran

Ziyad Tidak Layak Terima Ganjaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.