in

Sultan Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

Sultan Ibrahim Ydpa 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan hari bersejarah buat Malaysia apabila Sultan Ibrahim telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun.


Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu telah diadakan sebentar tadi pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.

Artikel berkaitan: 5 Perkara Korang Perlu Tahu Tentang Sultan Ibrahim Sempena Pertabalan YDP Agong Esok!

Artikel berkaitan: “Beta akan buru semua yang korup” – Sultan Ibrahim Titah SPRM, PETRONAS Diurus Bawah Agong

Istiadat berkenaan juga menyaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah telah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Di hadapan Sultan dan Raja Melayu, kerabat diraja serta dif-dif kenamaan, Sultan Ibrahim menandatangani Surat-surat Perisytiharan Memegang Jawatan dan isi kandungannya dibacakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim telah berangkat dari Istana Bukit Serene, Johor sekitar jam 7.45 pagi sebelum berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke ibu negara.

Sultan Ibrahim kini menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, semalam.

Sumber: Astro AWANI, Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.