in

“Beta akan buru semua yang korup” – Sultan Ibrahim Titah SPRM, PETRONAS Diurus Bawah Agong

Agong 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita lihat sekarang ni, banyak kes rasuah melibatkan orang kenamaan yang mempunyai jawatan tinggi dan segelintir orang yang terlibat kes rasuah jutaan ringgit terlepas begitu sahaja ataupun hukuman yang diterima tidaklah setimpal.


Terkini, bakal Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan syarikat petroleum tempatan, PETRONAS diuruskan di bawah Agong, bukan parlimen.

Agong 1
Sumber: berita harian

Demi perbaiki ekonomi dan politik negara

Menurut laporan Berita Harian, titah baginda berkenaan adalah bagi memastikan amalan rasuah dapat dihentikan dan tidak berlaku perpecahan di Malaysia.

Baginda berpendapat kerajaan yang stabil mestilah konsisten untuk memulihkan ekonomi negara dan ketidakstabilan politik adalah berpunca daripada sesetengah golongan yang kalah dalam pilihan raya.

Ramai menyumbang ratusan juta sebelum pilihan raya. Bagaimana anda membayar mereka kembali, (adakah dengan) memberi mereka projek mega?

Itu tidak akan berlaku apabila saya menjadi Yang di-Pertuan Agong. Sayang sekali, siapa yang meminta anda memberi (sumbangan politik).

“Saya akan memburu semua yang korup”

Beri persamaan bahawa keturunan Baginda semuanya hebat berburu dan akan membawa pulang hasil, jadi Baginda juga akan memburu semua yang terlibat dengan rasuah.

Daripada moyang saya, kami adalah pemburu yang hebat. Saya akan pastikan apabila saya pergi memburu, saya membawa balik hasil yang bagus.

Tetapi apabila saya di Kuala Lumpur nanti, ia adalah hutan konkrit, jadi apa yang saya buru? Saya akan memburu semua orang yang korup. Saya akan pastikan saya membawa hasil (buru orang yang terlibat rasuah).

Selain itu, baginda mencadangkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PETRONAS melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong, bukan kepada parlimen seperti sekarang.

Jika (SPRM) datang kepada Agong, bermakna anda tidak berada di bawah pengaruh mana-mana pihak eksekutif. PETRONAS pun tidak sepatutnya berada di bawah Parlimen, lapor terus kepada saya.

Kami Raja bukan rubber stamp

Bukan itu sahaja, baginda turut mencadangkan agar pelantikan kehakiman tiada kaitan dengan badan eksekutif demi memastikan badan kehakiman negara bebas dari pengaruh luar.

Hakim dilantik oleh Raja, atas nasihat Perdana Menteri selepas panel pelantikan mengesyorkan calon berkenaan. Kami (Raja-Raja) hanya mendapat senarai itu (dari Pejabat Perdana Menteri) semasa Majlis Raja-Raja bersidang.

Mengapa anda tidak menyenaraikan nama-nama calon yang layak (kepada kami) sebelum anda melantik? Kami (Raja- Raja) bukan ‘rubber stamp’.

Untuk rekod, pada 27 Oktober lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan pelantikan tersebut akan berkuat kuasa bermula 31 Januari 2024.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.