in

Suku Tsimane, Penduduk Amazon Yang Memiliki Jantung Paling Sihat Di Dunia

Untitled collage 7 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jauh di pinggiran sungai Amazon yang terletak di bahagian Bolivia, wujud satu suku kaum yang agak kurang dikenali.

Tapi di tengah-tengah tingginya kadar serangan jantung terhadap penduduk dunia, kaum ini rupa-rupanya — merupakan pemegang rekod, memiliki jantung paling sihat seantero kosmos.


Tiada seorang pun dalam riwayat suku Tsimane, dicatatkan pernah mengalami sebarang penyakit berkaitan jantung. Dahsyat!

Jauh bezanya, jika nak dibandingkan dengan penduduk Malaysia — yang dihantui pembunuh nombor satu itu. Dalam satu laporan, penyakit jantung kekal sebagai punca utama kematian rakyat negara ini untuk tempoh 13 tahun sejak 2005.

6599cb60c7d5cdcef9a3117e3b4a782020f6e61c

TsimaneGothic

Berbalik kepada suku Tsimane tadi, rekod kesihatan mereka yang baik ini turut dicatatkan dalam kajian seorang profesor dari University of Mexico — Profesor Hillard Kaplan.

Dalam jurnal The Lancet, Kaplan berkata suku ini terkenal memiliki arteri paling sihat di dunia.

Tapi, apa rahsianya hinggakan kajian Kaplan mendapati — 9 dari 10 suku kaum itu tidak memiliki risiko untuk terkena serangan jantung?

Jawapannya mudah, mereka mengamalkan gaya hidup sihat.

Kaplan dan beberapa pengkaji lain, dikatakan melakukan pemerhatian terhadap suku ini dengan mengunjungi kira-kira 85 perkampungan di dalam hutan Amazon untuk memeriksa sekiranya mereka berisiko terkena penyakit jantung.

Dalam satu pemerhatian lain yang dilakukan seorang koresponden CNN turut mendapati, diet pemakanan suku Tsimane turut mempengaruhi tahap kesihatan mereka.

Mereka dikatakan tidak akan memasak makanan terlalu lama, tidak consume terlalu banyak gula dan garam serta tidak makan makanan yang diawetkan — dan semua ini, merupakan penyumbang kesihatan jantung suku Tsimane.

33 suku tsimane bolivia amerika selatandokdailymail

4264647528

Selain itu, hampir 90 peratus waktu siang mereka juga dipenuhi dengan melakukan pelbagai aktiviti harian yang memerlukan mereka sentiasa bergerak aktif seperti menangkap ikan dan memburu binatang di dalam hutan.

Dan tatkala masyarakat di sisi dunia lain masih leka mengerah keringat hingga ke tengah malam, bagi suku Tsimane — tenggelamnya matahari cuma memberi satu maksud dan tujuan buat mereka, iaitu untuk berehat dan tidur sepuas-puasnya.

 

Baca: “Semua penduduk yang mati diganti dengan patung” – Kisah Aneh Kampung Terpencil Di Nagoro, Jepun Ni Pasti Buat Korang Meremang

hajhskj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.