“Semua penduduk yang mati diganti dengan patung” – Kisah Aneh Kampung Terpencil Di Nagoro, Jepun Ni Pasti Buat Korang Meremang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bayangkan korang pergi ke satu perkampungan terpencil, dan mendapati ianya didiami oleh patung-patung bersaiz manusia — apa agaknya perasaan korang waktu tu?

Itulah realiti pelik tapi benar, yang berlaku di sebuah lokasi di Nagoro, Jepun.

Sebelum baca lebih lanjut, apa kata tengok gambar-gambar ni dulu.

Pada waktu siang, pemandangan seumpama ini mungkin agak kurang menyeramkan.

Tapi macam mana pulak bila malam mula menjelma, dan korang dimaklumkan bahawa perkampungan ini hanya dihuni oleh sekitar 30 manusia je?

Sikit je kan, dan patungnya yang lebih ramai dari manusia. Itulah hakikatnya yang berlaku di perkampungan yang terletak di Pulau Shikoku ini.

Sebenarnya, semua patung-patung itu dihasilkan oleh seorang wanita bernama Tskukimi Ayana.

Dek kerana makin lama makin ramai penduduk warga tua yang meninggal dunia, beliau mula menghasilkan patung-patung ini dengan jerami — umpama pengganti bagi mereka yang sudah tiada.

Kesemua patung ini boleh dilihat diletakkan di hampir semua lokasi, termasuk hentian bas dan kediaman penduduk.

Beliau mula menghasilkan patung-patung tersebut, selepas mendapati kampungnya yang suatu masa dahulu meriah dengan hiruk pikuk penduduk — mula sunyi dan sepi.

Selain warga emas yang sudah meninggal dunia, anak muda pula dikatakan berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mencari pekerjaan.

Pada mulanya, beliau hanya menghasilkan patung-patung untuk diletakkan di tanaman tinggalan bapanya yang rosak akibat dimakan burung.

Dan lama-kelamaan, timbul pula idea untuk ‘menghidupkan’ semula suasana di perkampungannya itu.

Jadi bila buat patung-patung tu, Ayana berkata beliau akan teringat kembali kenangan-kenangan lamanya bersama mereka yang pernah menetap di situ.

Apapun, daripada sebuah kampung yang sunyi sepi — ia kembali diriuhkan dengan kehadiran pelancong-pelancong yang tertarik dengan keunikan terdapat di sana.

Okay jugak kan, secara tidak langsung dapat menjana ekonomi di kawasan itu.

Banyak sebenarnya perkara-perkara aneh yang menjadi tarikan di dunia ni, tinggal kita nak explore je dan buka minda untuk mempelajari budaya orang lain.

 

Baca: “Tu sebab Jepun lebih maju” – Sekolah di Jepun TIADA Makcik Cleaner, Pelajar Diasuh Bersihkan Kelas & Tandas Sendiri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.