Ada pepatah mengatakan “belum cuba belum tahu”, benda ni kita selalu aplikasikan dalam kehidupan termasuk pekerjaan. Kita tak akan tahu pekerjaan yang sesuai dengan kita sampailah kita sendiri buat kerja tu.
Mungkin sebab ini juga, ramai orang yang sering cari peluang pekerjaan lain dan sering tukar kerja sehingga dapat tempat yang betul-betul sesuai. Tapi, kadang-kadang walaupun dah selesa dengan pekerjaan kita, bila ada better offer mestilah kita nak ambil kan?
Pun begitu, tabiat “lompat kerja” seperti ini tak dipersetujui oleh Gabungan Persatuan Perniagaan Malaysia (FDMA) selepas baru-baru ini dorang cadangkan Malaysia perlu perkenalkan sistem untuk merekodkan prestasi pekerja bagi mengelakkan seseorang sering lompat kerja, lapor TMI.
Menurut pengerusinya, Abdul Malik Abdullah, kerajaan perlu membuat sistem laporan seperti CTOS dan CCRIS yang menilai skor kredit dan kewangan seseorang berdasarkan sejarah pembayaran mereka.

Jelasnya, sistem ini boleh mengelakan dari seseorang pekerja berhenti kerja dengan mudah dan mengelakkan dari majikan memberikan pekerjaan kepada individu seperti ini.
Kita mempunyai banyak isu dengan pekerja asing yang tak dapat masuk ke sini dan kita banyak guna pekerja tempatan tapi kami rasa macam pekerja-pekerja ni tak kerja lama. Dorang kerja sekejap je dan perkara ini memberi kesan kepada perniagaan.
Kita perlu ada sistem di mana kita buat rekod pekerja yang suka datang dan pergi ni supaya majikan tahu seseorang tu dah tukar pekerjaan beberapa kali dalam setahun.”
Walaupun Malik mengakui cadangannya ini agak kasar, dia percaya yang ia akan membantu majikan, pekerja dan kerajaan.
Kita perlu laksanakan sistem seperti ini supaya orang akan akan berhenti lompat kerja untuk duit extra RM50 atau sebab-sebab remeh yang lain.”
Baca: Majikan Pecat Pekerja Sebab Tipu Status Positif Covid-19 Dekat MySejahtera

