in

“Sudah meninggalkan kita semua…” – Cikgu E Meninggal Dunia

cikgu e meninggal dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pejuang kanser, Nassry Mardee Ismail atau lebih mesra disapa Cikgu E dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Berita duka itu dimaklumkan oleh anak sulungnya, Hakeem menerusi laman Facebook Allahyarham.


“Nassry Mardee bin Ismail dah meninggalkan kita semua.

“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang yang beriman,” tulisnya.

Artikel berkaitan: “Kalau rindu, pandang langit dan senyum…” – Status Terakhir Cikgu E Untuk Keluarga Buat Ramai Sebak

Artikel berkaitan: “Saya hanya mahu terus bernafas” – Hidap 3 Jenis Kanser, Cikgu E Tetap Tabah Demi Keluarga Tercinta

Bekas guru itu dikenali ramai kerana ketabahan dan keikhlasannya menyebarkan semangat positif sepanjang perjuangan melawan tiga jenis penyakit kanser iaitu kanser buah pinggang, kelenjar dan paru-paru.

Beberapa hari lalu, Cikgu E sempat menitipkan pesanan terakhir yang ditujukan khas buat isteri tercinta dan lima cahaya matanya.

577759693 2964517120400688 5947582232566119269 n 1

Coretan itu membuatkan netizen berasa sebak kerana seolah-olah menggambarkan beliau reda dengan ketentuan dan mungkin tidak punya masa yang panjang untuk terus berada di sisi keluarga tercinta.

Minggu lalu, Cikgu E dimasukkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas dan batuk berdarah yang teruk.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.