in

Suami Set Penggera Jam Telefon, Isteri Kena Jawab Soalan Matematik Untuk Matikan

Untitled Project 2024 02 24T152107.958

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak anda mengalami masalah atau kesukaran untuk bangun pagi disebabkan tidak sedar penggera jam telefon berbunyi? Pasti ramai yang mematikannya dan tidur semula, lebih-lebih lagi pada hari Isnin.

Baru-baru ini, satu video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan seorang suami mengunci penggera telefon dan si isteri perlu menjawab soalan matematik untuk mamatikan bunyi penggera tersebut!


Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen kerana terhibur dengan gelagat si isteri yang seakan-akan terpaksa menjawab soalan.

Dalam keadaan yang baru sedar dan bunyi penggera yang bising, keadaan ini pastinya boleh menimbulkan perasaan marah.

Bagaimanapun, dalam keadaan yang masih mamai, si isteri ‘redha’ sahaja perlu jawab soalan matematik untuk matikan penggera.

Ini juga dilihat salah satu cara untuk membuatkan si isteri atau suami untuk terus bangun dari tidur.

Agak-agak ada cara lain tak selain dari cara ini untuk mematikan penggera telefon?

Kalau penulis ajak jawab teka teki baru tahu langit tinggi rendah, pagi-pagi lagi kena jawab teka teki.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.